???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Pedal basikal MTB dengan sistem kunci magnetik tingkat keselamatan penunggang

Oleh: Azman Zakaria
Foto:  Noor Azreen Awang


SERDANG: Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan inovasi pedal basikal gunung (MTB) yang dilengkapi sistem kunci magnetik dan memiliki ciri keselamatan untuk penunggang.

Inovasi yang diberi nama SAMPS – Self Align Magnetic Bicycle Pedal itu direka bentuk dengan pertimbangan biomekanik yang menekankan ciri menganalisis pergerakan kaki penunggang semasa menunggang.

Alur magnet berfungsi sebagai sistem kekunci memudahkan penunggang membuka dan mamasang kaki pada pengayuh basikal bagi memastikan kaki sentiasa berada dalam kedudukan statik ketika menunggang.

Ketua kumpulan penyelidik itu, Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah berkata, ia bertujuan mengelak penunggang terlibat dalam kecederaan fizikal atau kemalangan.

Katanya, keadaan statik kaki adalah penting untuk mengelakkan kecederaan, meningkatkan daya tarikan kaki, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Beliau berkata, SAMPS adalah pedal rata basikal yang menggabungkan sistem alur magnet dan kunci diri untuk memberi lebih keyakinan kepada penunggang.

Katanya, ia menggunakan pedal rata tetapi berfungsi sama seperti pedal tanpa klip.

“Permukaan pedal rata memberikan tunggangan yang selesa dan keyakinan.

“Pedal magnetik mempermudah keadaan statik kaki penunggang terutama semasa laluan menuruni bukit.

“Sistem pedal mengunci diri pula memudahkan pergerakan biomekanik, dan lebih memudahkan penunggang mengunci serta membuka kunci kedudukan kaki,” katanya.

Menurutnya, hasil kerja lapangan yang dilakukan di Malaysia dari 2016 hingga 2019 menunjukkan bahawa 85.2% penunggang MTB terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan fizikal disebabkan oleh kesalahan pengendalian pedal basikal.

Kaedah penyelidikan utama kajian reka bentuk yang dijalankan adalah secara tindakan diadopsi dan pereka sendiri terlibat secara aktif serta mengambil bahagian dalam acara MTB untuk mendapatkan data utama.

Ts. Dr. Mohd Shahrizal dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina berkata, sebanyak 22 faktor reka bentuk dikenal pasti dan 20 peratus daripadanya disenaraikan untuk digunakan sebagai Spesifikasi Reka Bentuk Produk (PDS) bagi membantu mengurangkan kecederaan fizikal, menjaga keselesaan dan keselamatan penunggang.

Katanya, kelebihan produk ini ialah sistem penguncian pedal basikal ‘self-aligning’ yang memudahkan penunggang semasa pergerakan klip ‘on’ dan ‘off’, manakala sistem magnet pedal basikal memudahkan keadaan statik kaki penunggang semasa menunggang.

Beliau berkata ia adalah pedal basikal yang efektif, murah dan mesra pengguna untuk meningkatkan prestasi dan keselamatan.

Penyelidikan bermula Oktober 2016 dan tamat September 2019, dan produk telah dipatenkan.

Selain beliau, ahli-ahli kumpulan penyelidikan itu ialah Ts. Shahrul Azman Shahbudin, Dr. Saiful Hasley Ramly, Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi dan Muhammad Amaludin Amran. - UPM

SXMWQAS~