???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Setiausaha Bahagian di KDN terima PhD

Oleh Nurul Amiraa Mohamed Rafic

 

SERDANG, 30 Okt – Demi menimba ilmu ke puncak tertinggi, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Muhamad Sade Mohamad Amin sanggup meredah ranjau dan liku perjalanan selama lapan tahun sebelum menerima ijazah doktor falsafah (PhD) hari ini.

 

Hasil usaha dan pengorbanannya itu, beliau menerima PhD pengkhususan pengurusan dari Putra Business School (PBS) Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Konvokesyen UPM ke-42 di sini.

 

“Suasana dan persekitaran ketika mengikuti pengajian PhD memang banyak cabaran, lebih-lebih lagi ketika kerjaya berada pada peringkat tinggi,” katanya.

 

Anak jati Tawau, Sabah berusia 48 tahun itu berkata, faktor utama kejayaannya adalah toleransi serta pertolongan dua penyelia akademiknya Prof. Dr. Haslinda dan Prof. Madya Dr. Fuad masing-masing dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM.

 

Muhamad Sade berkata beliau memperuntukkan dua jam sehari untuk mengulangi pelajaran dan menggunakan masa itu sepenuhnya dengan belajar bersungguh-sungguh kerana jadual kerjanya terlalu padat.

 

 “Saya berpegang kepada prinsip pendidikan adalah teraju utama kehidupan dan sentiasa mahu menimba ilmu selagi berdaya,” katanya yang memulakan pengajian PhD pada 2009. Beliau berhasrat menyambung pengajian dalam program pascasiswazah eksekutif di Harvard.

 

Menurutnya, pelan jangka pendeknya adalah untuk  menerbitkan buku mengenai tesis beliau dalam bidang sistem pembayaran Internet manakala pelan jangka panjangnya adalah untuk meneruskan kerjaya ke peringkat lebih tinggi. – UPM

SXMXCAb~