???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Loi Yong Xin, Atlet Taekwondo, Terima Pingat Emas Alumni.

Oleh: Helena Pieary Juman

 

 

SERDANG, 30 November- Biarkan sibuk dalam dunia sukan, namun ia bukan penghalang untuk mengorak langkah cemerlang dalam dunia akademik.

 

Loi Yong Xin, 23, atlet Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2024 dalam sukan taekwondo menerima Anugerah Pingat Emas Alumni.

 

Beliau yang ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Serdang yang ke-48, menzahirkan perasaan gembira dan tidak menyangka pengorbanan sepanjang menuntut ilmu di UPM akhirnya terbayar.

 

Penerima Anugerah Pingat Emas Alumni ini sememangnya bersyukur atas anugerah tersebut dan menjadikannya inspirasi untuk terus berkembang maju di masa hadapan.

 

Atlet Taekwondo ini berkata, keringat yang dicurahkan  beliau tidaklah sia-sia kerana akhirnya membuah hasil yang amat lumayan tiada tandingnya.

 

“Pada saya untuk meraih sesuatu kemenangan, kita harus berani mencuba dan terus mencuba sesuatu perkara meskipun gagal berkali, namun teruskan mencuba adalah tidak salah,

 

 

“Saya tidak pernah berhenti mencuba dan menerokai sesuatu perkara yang baharu untuk mendapatkan serta merasai pengalaman baharu,

 

Mengulas lanjut, Atlet taekwondo ini juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang bergelar mahasiswa. Beliau tidak lari dari menghadapi tekanan dalam membahagikan masa akademik dan latihan untuk kejohanan.

 

“Pada beberapa semester yang lepas, saya agak terbeban dengan pembahagian jadual, saya perlu membahagikan masa untuk belajar dan menjalankan latihan bagi persiapan MASUM,”

 

“Meskipun tidak meraih kemenangan dalam sukan MASUM yang lepas namun saya berjaya mendisiplinkan diri dengan pengurusan masa yang optimis,” katanya

 

Loi Yong Xin, juga turut menyeru agar mahasiswa yang masih bergelar pelajar untuk teruskan mencuba serta menerokai apa sahaja pengalaman baharu.

 

“Teruskan mencuba dan jangan pernah berhenti mencari pengalaman baharu, dari situlah keperibadian kita akan terbentuk,” katanya.

SXMWVA0~