???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Fenomena ?€?Domino Tumbang?€? akibat kekurangan tepung gandum beri kesan pada ekonomi

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

SERDANG, 23 Mei - Fenomena “Domino Tumbang” akan berlaku kesan kekurangan tepung yang akan menyebabkan kesan ekonomi kepada yang lain secara langsung dan tidak langsung mengulangi krisis beras yang pernah berlaku dahulu walaupun pada ketika itu, Malaysia juga adalah pengeluaran beras.

Menurut Pegawai Pertanian, Pusat Transformasi Komuniti Universiti Putra Malaysia (UPM), Mahani Amat @ Halimi, persediaan menangani krisis gandum di kalangan masyarakat oleh negara Malaysia sendiri perlu dibuat dengan kaedah penyelesaian yang perlu dicari.

 “Pihak kerajaan perlu menenangkan masyarakat melalui tindakan terbaik dengan menggalakkan penjimatan penggunaan gandum di kalangan rakyat dan mengajak mereka memilih makanan lain tetapi ia memerlukan masa yang panjang dan sukar.

“Peningkatan harga tepung dan harga makanan berasaskan tepung jika tidak dibendung melalui kawalan harga yang tegas oleh pihak negara dan agensi tertentu akan menyebabkan kesan-kesan yang lebih parah dan mengakibatkan krisis makanan negara dan menggugat keharmonian.

“Isu ini bukanlah mudah untuk diatasi kerana Malaysia tidak berkemampuan dari pelbagai perkara berkaitan pengeluaran dan bekalan gandum kecuali terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk mengimport,” katanya.

Kenaikan harga gandum berpunca dari peperangan Ukraine telah mengganggu pengeluaran gandum dunia, pemberhentian eksport gandum oleh negara tertentu, kesan perubahan cuaca dan pelbagai faktor lagi akan beransur mengundang implikasi kepada negara-negara pengimport seperti Malaysia. Ini amat memberi kesan kepada rantaian nilai produk makanan negara samada di dalam jangka masa terdekat ini mahupun jangka masa panjang.

Menurut Ketua Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM, Profesor Madya Dr Norsida Man, susulan kenyataan dari India yang akan memberhentikan eksport gandum memberikan kesan ‘pembelian panik’ kepada rakyat terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan yang berasaskan tepung.

“Persediaan dalam menghadapi krisis makanan bukan sekadar di peringkat kerajaan semata-mata, tetapi setiap individu rakyat Malaysia perlu turut bersama berganding bahu memainkan peranan yang penting.

“Sebenarnya setiap individu boleh membantu isu krisis makanan ini dengan memulakan bercucuk tanam di rumah. Jika rumah tiada tanah, boleh menggunakan pasu atau bekas tanaman sedia ada. Jika ruang sempit boleh menggunakan kaedah vertical atau secara hidroponik. Malah, bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung dan mempunyai keluasan tanah boleh mula menternak ayam kampung atau menternak ikan secara kecil-kecilan sebagai sumber protein.

Katanya, arus pemodenan dan teknologi masa kini sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kerana melahirkan pemikiran individu yang ingin serba pantas dalam kehidupan, tetapi dalam pertanian, hasil yang bakal dinikmati bukan boleh diperolehi dalam masa yang singkat, ianya memerlukan tempoh masa tertentu untuk dituai dan memerlukan perhatian.

“Saya percaya jika setiap rumah ada menanam sedikit pokok sayur-sayuran, sekurang-kurangnya dapat membantu nilai import sayur atau kita tidak perlu lagi bergantung dengan import sayur-sayuran seperti kobis, cili, salad, timun, terung, sawi dan lain-lain. Kita perlu ubah corak pemakanan dan gaya hidup bagi menyesuaikan diri dengan krisis yang dihadapi dan sebagai persediaan, mulakanlah bercucuk tanam atau menternak di kawasan yang ada,” katanya. – UPM

SXMWQA~