???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Kek buah menu wajib sambutan krismas Prof Rusea Go

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
 
SERDANG, 25 Dis – Tidak lengkap rasanya hidangan perayaan Hari Krismas ahli keluarga Profesor Dr. Rusea Go tanpa hidangan kek buah air tangan pensyarah Jabatan Biologi Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Anak Sarawak berbangsa Iban yang begitu mencintai keindahan bunga orkid ini berkata kek buah yang dibuat dengan sentuhan magis kasih sayang menjadi menu wajib sambutan Hari Natal atau Krismas selain membuat hiasan lampu pada pokok krismas sebulan sebelum perayaan.

 
 
“Selalunya dua minggu sebelum sambutan krismas saya sudah mula membuat kek buah tidak kurang daripada lima kilogram (kg) kerana keluarga saya besar apabila berkumpul semua sekali lebih 40 orang. Pembuatan kek ini juga sebagai simbolik kasih sayang pada keluarga.
 
“Dua hari sebelum perayaan pula saya akan menyediakan ayam belanda panggang sama seperti menu wajib sambutan Krismas di negara barat,” katanya yang akan menyambut perayaan Krismas di Melaka pada tahun ini.
 
Tambahnya lagi, beliau akan menjadi chef utama atau orang penting di dapur setibanya musim perayaan dalam menyediakan juadah makanan buat ahli keluarga tercinta.
 
Katanya, menu makanan perayaan Krismas lebih kepada barat seperti hidangan salad, biskut mentega, kambing panggang, dan kentang panggang.
 
 
Ibu kepada empat orang anak ini menjelaskan bahawa Hari Natal merupakan hari berkasih sayang dan saling memberi hadiah dengan ikhlas tanpa menilai harga hadiah dan usia si penerima.
 
“Individu yang memberi juga tidak mengharapkan balasan untuk menerima hadiah yang sama nilai dengan hadiah yang diberikan.
 
"Boleh jadi kita dapat hadiah lebih murah namun harga hadiah bukanlah ukuran kerana kita diajar untuk memberi tanpa menerima balasan dan ikhlas,” katanya.
 
Hari Natal mengajarnya untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan bersama orang sekeliling selain bersyukur dengan setiap perkara yang dimiliki.
 
“Kita akan menganggap hadiah yang diterima merupakan pemberian daripada Tuhan dan Santa Claus pula merupakan tokoh mitos yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena perayaan ini yang membuatkan semua orang gembira,” katanya.
 
Sempena sambutan Hari Krismas ini beliau berharap agar setiap masyarakat saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama serta warna kulit dan mengeratkan lagi hubungan persahabatan dalam apa jua perayaan kebangsaan yang disambut.
 
 
Ujarnya, perbalahan antara kaum dan prejudis terhadap satu bangsa tidak seharusnya berlaku di negara Malaysia yang memiliki kepelbagaian etnik, budaya dan agama agar kita terus bersatu dan perlu dikekalkan sejak mengecapi kemerdekaan pada 1957.
 
“Sebenarnya setiap perayaan menggabungkan semua bangsa dan budaya. Uniknya di Malaysia apabila perayaan Aidilfitri kita semua akan bercuti dan meraikannya begitu juga Sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali serta Hari Gawai sekalipun.
 
“Ahli keluarga saya juga ada pelbagai agama dek percampuran perkahwinan dan apa sahaja perayaan memang saya akan sambut,” katanya. -UPM

SXMWQA~