???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

K10 UPSKILLS! 4.0: Persiapkan pelajar UPM hadapi dunia kerjaya

 

SERDANG, 28 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Kolej Sepuluh (K10) menganjurkan program K10 UPSKILLS! 4.0 bagi memperkasa pelajar melalui lima modul utama meliputi bidang teknologi, komunikasi, reka bentuk kreatif, dan pembangunan kerjaya.

 

Program dua hari ini memberi peluang kepada pelajar meningkatkan kemahiran secara lebih holistik, berstruktur, dan selari dengan keperluan industri semasa.

 

Pengetua Kolej Sepuluh, Prof. Dr. Aminuddin Hassan, berkata program seperti K10 UPSKILLS! 4.0 menjadi platform penting untuk melatih pelajar bukan sahaja dalam aspek akademik, tetapi juga dalam pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah.

 

 

“Melalui program ini, pelajar bukan sekadar menerima ilmu, malah diasah untuk menjadi lebih berdaya saing, berkeyakinan, dan bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar,” katanya.

 

Pengarah Program, Sathiesh Jenson Indran, yang juga Pengerusi Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual MPK Kolej Sepuluh, berkata program ini dirangka untuk membawa pembaharuan kepada konsep program kolej kediaman.

 

“Saya harap bukan sekadar dengan sijil atau gambar, tetapi dengan semangat baharu, keyakinan diri, dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan mereka,” katanya.

 

 

Pengarah Job Hunting Workshop, Hana Farisah Aminuddin, yang juga Timbalan Pengerusi Sekretariat Alumni dan Kerjaya MPK Kolej Kesepuluh, berkata bengkel tersebut membantu pelajar membina keyakinan diri serta memperkemas persediaan menghadapi dunia kerjaya.

 

“Resume bukan lagi sekadar kertas kosong, tetapi cerminan profesionalisme yang pertama sekali dinilai oleh majikan. Program ini turut menekankan pentingnya personal branding dalam memperkukuh kesiapsiagaan mahasiswa,” katanya.

 

Pengarah program Enhanced Multimedia Software Tools, Nur Mirrah Nashihin Zainal yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat berkata bengkel ini membuka peluang kepada pelajar meneroka potensi dalam industri kandungan digital, sekaligus memperkukuh daya saing mereka dalam pasaran kerja.

 

“Inisiatif program Dronetech Arena ini wajar diteruskan secara berstruktur melalui penubuhan kelab dron, penganjuran pertandingan, serta penglibatan pihak industri menerusi sesi jaringan dan lawatan teknikal,” katanya.

 

Panel jemputan dari Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Madya Dr. Wan Zuha Wan Hasan berkata program ini sebagai inisiatif berimpak tinggi yang berpotensi diperluaskan ke peringkat lebih besar.

 

Dalam pada itu, majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, YB Wong Siew Ki, bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, dan Pengetua Kolej Sepuluh, Prof. Dr. Aminuddin Hassan.

WYEdQA~