???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Graduan kongsi debaran jadi doktor pelatih haiwan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

 

SERDANG, 30 November- Ternyata sejak kecil gadis yang berasal dari Sabah ini  sudah mempunyai cita-cita menjadi seorang doktor veterinar bagi memberi kesihatan terbaik kepada  kucing dan anjing jalanan.

 

Namun dia tidak menyangka apabila berada di dalam dunia perubatan haiwan, bukan sekadar kucing dan anjing saja perlu diberi perhatian dalam soal kesihatan.

 

Selagi ia bernama haiwan segala-galanya perlu dipelajari termasuk selok belok merawatnya selama lima tahun di Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

Graduan Sains Veterinar  FPV UPM, Avril Lim Shu Ting, 26, berharap beliau akan berada di dalam dunia perubatan veterinar memandangkan dia bukan sahaja dapat merawat malah berpeluang mendekati pelbagai jenis haiwan termasuk haiwan liar.

 

''Pengalaman tidak dapat dilupakan ketika menjadi doktor pelatih ialah apabila dia terpaksa “on call”  di Universiti Veterinary Hospital, Titiwangsa untuk kes kecemasan kuda selama 7 jam.

 

“Namun tanpa disangka-sangka kuda tersebut menghembuskan nafas terakhir di depan kami semua.

 

 

''Kematian kuda tersebut sangat memberi kesan kepada  kumpulan kami, kami tidak dapat selamatkan dia. Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan pada malam tersebut,” katanya.

 

Beliau merupakan Penerima Hadiah Universiti Pingat Emas Putra Agribio pada Majlis Konvokesyen UPM ke-48 hari ini.

 

Anak kedua dari tiga beradik ini akan memulakan kerjayanya sebagai doktor veterinar pada 9 Disember ini di Vec Veterinary Clinic, Damansara.

 

“Saya berharap dapat menjadi seorang doktor haiwan di negeri kelahirannya Sabah,” ujarnya.

SXMWQAO~