???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Graduan hampir berhenti belajar kerana lumpuh

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 30 Nov- Disebabkan penyakit Tuberculosis (TB) tulang belakang, gadis ini  lumpuh sementara dan putus harapan untuk menamatkan ijazah sarjana muda beliau di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Syarifah Nur Sakinah Syed Ahamad Nizam, 26, terpaksa menangguh pengajiannya di Fakulti Alam Sekitar, UPM disebabkan penyakit yang dihidapinya pada penghujung tahun 2020.

 

Nur Sakinah berkata, beliau ketika itu sedang belajar di tahun tiga pengajian dan hanya tinggal lagi setahun untuk menamatkan ijazah sarjana mudanya itu. Namun, tuhan tidak mengizinkan.

 

“TB yang dihidapinya telah menyerang tulang belakang menyebabkan kehidupan seharianya perlu diuruskan oleh keluarga. Jadi beliau hanya berfikir mengenai kesihatannya ketika itu dan nekad untuk berhenti belajar.

 

“Saya sudah tidak mampu lagi untuk belajar. Bayangkan ketika itu saya langsung tidak boleh berjalan dan hanya terbaring sahaja,” katanya pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47.

 

 

Graduan Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar, UPM ini pada hari ini berjaya memperoleh ijazah sarjana muda setelah berusaha melawan penyakit yang tidak akan sembuh ini.

 

“Saya kuatkan semangat saya, kalau nak habiskan belajar kena boleh berjalan kembali. Saya kuatkan diri dan belajar berjalan semula sehingga keajaiban berlaku.  Allah izinkan saya untuk berjalan semula.

 

“Pada tahun keempat saya menyambung semula pengajian saya, tetapi kawan-kawan saya sebelum ini sudah menamatkan ijazah. Saya nak berjaya dalam kehidupan walaupun sebelum ini ujian besar melanda,” katanya.

 

Gadis berasal daripada Perak ini mempunyai semangat yang sangat kuat. Beliau percaya tuhan memilihnya menghadapi ujian semasa menyambung pelajaran kerana mampu menghadapi ketentuan Allah.

SXKSSAq~