???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

?€?Girls In Physics?€? tarik minat pelajar perempuan terhadap Fizik

 Oleh: Nursyazalina Mohd Asikin

SERDANG - Seramai 144 pelajar Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban (Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani) menyertai program ‘Girls in Physics’, baru-baru ini.

Program dianjurkan pasukan sukarelawan Putra Outreach Physics diketuai pensyarah Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen bersama 32 orang sukarelawan ahli Kelab Mahasiswa Fizik, fakulti itu.

 

Ia khusus untuk pelajar wanita kerana ramai pelajar wanita dikatakan kurang berminat dengan mata pelajaran itu.

 

Dr. Yap berkata, masyarakat dunia sering memberi imej mata pelajaran Fizik sebagai ‘maskulin’ dan lebih sesuai dengan pelajar lelaki, yang menyebabkan pelajar perempuan kurang berminat dengan Fizik berbanding subjek sains yang lain seperti Biologi dan Kimia.

Katanya, apabila pelajar mula menghafal konsep dan formula Fizik tanpa cuba memahaminya, mereka akan rasa tertekan kerana isi kandungan yang perlu dihafal adalah begitu luas.

“Pelajar ini akan menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang memerlukan pemahaman sesuatu konsep Fizik secara menyeluruh. Mereka juga akan menghadapi masalah mempelajari ilmu Fizik yang lebih tinggi apabila di universiti kelak,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dengan menjadikan Fizik ini sebagai cara hidup dan mengamalkannya, pelajar akan memahami sesuatu konsep dan formula dengan lebih mudah.

Putra Outreach Physics menggunakan pendekatan berfokuskan pelaksanaan aktiviti secara hands-on apabila pelajar diberi peluang mengalami serta mempelajari konsep yang berlaku dalam kehidupan seharian, manakala konsep Fizik turut dipindahkan melalui pelbagai aktiviti outdoor.

Penampilan Prof. Dr. Sidek Ab Aziz mempersembahkan Magik atau Fizik dalam slot Magical Night of Physics mengujakan peserta. Slot lain yang menarik termasuk Pelakuran Nukleus, Explorace, YouReka, Fizineka, Fizumba, Magical Night of Physics, Dr. Y? dan Cari Siapa Itu (CSI).

Dekan Fakulti Sains UPM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin pula berkata program itu adalah usaha universiti melalui UPM STEM untuk membantu menangani masalah kekurangan saintis dan jurutera terutama ketika negara berdepan cabaran IR 4.0.

“Program ini dapat memberi dorongan dan memupuk budaya kesukarelawanan dalam diri pelajar agar prihatin dan mengambil berat dengan persekitaran. Aktiviti ini juga menyumbang khidmat dan bakti kepada masyarakat melalui pemindahan dan transformasi ilmu,” katanya. 

Ketua fasilitator program, pelajar Tahun 1 Bacelor Sains dalam Sains Instrumentasi dengan Kepujian, Habibuzzikri Ajeman berkata, melalui program itu beliau berpeluang menyampaikan ilmu yang dipelajarinya di UPM untuk membantu pelajar memahami konsep Fizik dengan betul.

“Kepuasan sebagai sukarelawan pasukan Fizik UPM ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila melihat respons pelajar yang begitu positif… secara keseluruhannya persepsi mereka terhadap Fizik mula berubah,” katanya.

Peserta Siti Nur Insyirrah Aisyah berkata program itu berjaya menarik minatnya untuk mempelajari Fizik secara mendalam dan membuatkan beliau yakin untuk skor A+ dalam Fizik.

Seorang lagi peserta, Siti Rasyiqah berkata, program itu meningkatkan minat dan menghilangkan rasa bosan ketika belajar Fizik. “Saya lebih faham belajar Fizik dengan adanya pelbagai aktiviti menarik dalam program Girls in Physics ini.”  - UPM

 

SXMWRA3~