???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Dr. Zainal tanam hasrat sumbang ilmu pembangunan komuniti Orang Asli

Oleh: Sharifah Hannah Adibah Wan Serail
Jurufoto: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 29 Nov – Derita pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD.) akhirnya telah menemui garis tamatnya, Dr. Zainal Abidin Ali, 47, berjaya memperoleh PhD. Pembangunan Komuniti di Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2 Tahun 2023, menanam hasrat untuk menyumbang ilmu dalam pembangunan komuniti Orang Asli. 

 

“Saya berhadapan dengan pelbagai dugaan untuk sampai ke tahap ini. Perjalanan PhD. yang panjang ini sangat perit kerana dalam tempoh ini, saya diuji dengan berat apabila ibu tercinta disahkan menghidap kanser, dan saya hampir tersungkur semasa kehilangan beliau. 

 

Namun, saya kumpulkan saki-baki kekuatan diri untuk meneruskan perjuangan kerana terikat janji dengan arwah ibu dan penaja saya. 

 

“Selain masalah kesihatan, saya juga diuji dengan kerosakan komputer riba yang mengakibatkan saya kehilangan penyelidikan yang sudah separuh jalan. Saya memerlukan RM 12,000.00 sekiranya ingin mendapatkan semula data daripada komputer riba yang sudah lapuk. Kerana biaya yang terlalu tinggi, saya terpaksa reda dan memulakan semula penyelidikan saya. 

 

“Saya kira setelah penyelidikan saya selesai, saya boleh menghembuskan nafas lega, tetapi viva kali pertama ditolak. Namun begitu, saya bersyukur kerana setelah 14 semester, iaitu dalam tempoh tujuh tahun, akhirnya viva kali kedua diterima dan diluluskan, dan saya berjaya menamatkan pengajian PhD. saya di UPM,” katanya. 

 

Menurut Dr. Zainal Abidin, selain keluarga dan sahabat baik, impian untuk memahami dan mendalami ilmu mengenai pembangunan komuniti, khususnya melibatkan Orang Asli merupakan pendorong utama untuk beliau menamatkan penyelidikan PhD.

 

Dr. Zainal Abidin yang telah berkhidmat selama 19 tahun di Jabatan Kemajuan Orang Asli berkata, dalam tempoh perkhidmatan beliau, timbul sifat ingin tahu yang tinggi terhadap pembangunan komuniti masyarakat, khususnya melibatkan Orang Asli.

 

“Orang Asli dikatakan terpinggir dan masih mundur. Meskipun terdapat pelbagai insentif untuk komuniti Orang Asli, kesannya terlihat perlahan, berbeza dengan kumpulan masyarakat lainnya. Hal ini membuatkan saya terpanggil untuk mengkaji faktor keterpinggiran komuniti Orang Asli.

 

“Berdasarkan penyelidikan saya, Orang Asli sebenarnya memiliki karakter yang perlu difahami oleh masyarakat, khususnya dalam pemahaman budaya dan konsep hidup mereka. Orang Asli bukan tidak boleh berbakti, tetapi disebabkan komuniti ini terlalu kecil, iaitu hanya 0.5% di Malaysia, kemampuan komuniti ini tidak menyerlah.

 

“Inilah yang menguatkan semangat saya untuk menunjukkan bahawa komuniti Orang Asli juga mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara, seterusnya berdiri setanding dengan komuniti lainnya di Malaysia,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Dr. Zainal Abidin turut berkongsi pengalaman mengetuai bantuan kemanusian, iaitu pemberian bakul makanan kepada komuniti Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia yang melibatkan 873 kampung, iaitu hampir 200,000 orang penduduk Orang Asli. 

 

“Naratif sejarah pembangunan masyarakat Orang Asli agak unik dan berbeza berbanding komuniti arus perdana yang lain. Oleh itu, kerajaan perlu melipatgandakan usaha bagi program pembangunan supaya dapat menarik komuniti Orang Asli ini bersama-sama kita ke arah pembangunan mampan,” katanya. 

SXMWPAN~