???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Dr. Nur Syahirah jelajah dunia angka untuk buktikan keseronokan belajar Matematik

Oleh: Sharifah Hannah Adibah Wan Serail

Jurufoto: Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 25 Nov – Dr. Nur Syahirah Wahid, 28, jelajah dunia angka untuk membuktikan keseronokan belajar Matematik, menyedari lunturnya minat golongan muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Dr. Nur Syahirah berjaya memperoleh Ph.D. Matematik Gunaan (Dinamik Bendalir), sekali gus menerima Pingat Emas Malaysia Vaccine and Pharmaceuticals (MVP) Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2 Tahun 2023. 

“Pandemik dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 merupakan cabaran terbesar buat saya kerana ketika itulah pengajian Ph.D. saya bermula, dan saya terpaksa menjalankan penyelidikan saya secara jarak jauh. 

“Saya memandang cabaran tersebut secara positif dengan menggunakan waktu-waktu saya semasa PKP di rumah dengan sebaik mungkin dan berusaha memberikan 100% fokus dengan kerja-kerja penyelidikan.

“Saya bersyukur kerana disebabkan tekad saya dalam menuntut ilmu serta sokongan dan dorongan daripada keluarga, penyelia dan rakan-rakan, saya akhirnya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ph.D. dan menerima penganugerahan daripada UPM,” katanya. 

Minat yang tinggi terhadap bidang Matematik menguatkan semangat Dr. Nur Syahirah untuk terus menuntut ilmu dalam major Matematik, iaitu bermula dengan Bacelor Sains Matematik dengan Kepujian, Master Sains Matematik, dan seterusnya Ph.D. Matematik Gunaan (Dinamik Bendalir). 

Menurut Dr. Nur Syahirah, selain bidang sains, Matematik merupakan bidang yang berkait rapat dengan kehidupan seharian masyarakat.

“Realitinya, masyarakat tidak terlepas daripada berbicara tentang wang, masa, kuantiti dan jarak, dan ini melibatkan Matematik. 

“Kemajuan teknologi seperti sistem pengangkutan, aplikasi dan perisian komputer yang banyak memudahkan urusan dan memberikan keselesaan kepada manusia juga banyak bergantung kepada bidang Matematik,” katanya. 

Tambah Dr. Nur Syahirah, Matematik sebagai asas dalam sains dan teknologi adalah sangat penting dalam meniti arus pemodenan pada masa ini untuk melahirkan masyarakat minda kelas pertama yang dapat memenuhi permintaan tenaga kerja yang produktif dan progresif. 

“Kita tidak boleh menyangkal bahawa Matematik merupakan satu daripada elemen penting dalam bidang STEM yang kini kurang mendapat perhatian dalam kalangan golongan muda kerana dianggap sebagai sesuatu yang sukar untuk difahami dan tidak seronok untuk dipelajari.

“Kepuasan yang diperoleh daripada menyelesaikan masalah Matematik yang rumit perlu dirasakan oleh golongan muda untuk terus belajar Matematik dan mencapai tahap penguasaan yang lebih tinggi.

“Bagi saya, Matematik bukan sekadar siri formula dan pengiraan semata-mata, tetapi bidang ini sangat menarik untuk diterokai dan dipelajari, dan kerana itu, saya ingin menarik minat golongan muda terhadap bidang ini,” katanya. 

Dr. Nur Syahirah turut menyatakan bahawa penerapan elemen didik hibur (fun learning) dengan pendekatan yang menarik dan relevan dengan kehidupan seharian pasti dapat menarik minat golongan muda terhadap bidang Matematik.

Dalam pada itu, sebagai pelajar UPM, Dr. Nur Syahirah menggarap moto UPM, iaitu “Berilmu Berbakti” sebagai peringatan buat diri sendiri bahawa tujuan akhir daripada usaha untuk memperoleh pengetahuan bukan hanya untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk memberikan sumbangan positif kepada masyarakat. 

“Saya berharap bahawa dengan ilmu dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang pengajian, saya boleh menyumbang bakti kepada institusi pendidikan dan penyelidikan negara, serta memberi manfaat kepada kumpulan masyarakat, khususnya golongan muda dalam bidang Matematik,” katanya. 

 

SXMWPAx~