???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

?€?Lakukanlah tugasan dengan sehabis baik?€?

Oleh: Azman Zakaria

SERDANG, 19 Mac: “Lakukanlah sesuatu tugasan atau kerja dengan mencuba sehabis baik kerana peluang mungkin datang sekali sahaja.”

Demikian prinsip yang menjadi pegangan pemenang Hadiah Pingat Emas Canselor, Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-45, Iskandar Zulkarnain Adamulhasza.

Katanya, selepas usaha yang sungguh-sungguh, ia perlu diikuti dengan doa, tawakal dan berserah kepada Allah.

Iskandar, 26, daripada program Bacelor Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian, Fakulti Kejuruteraan, menerima Hadiah Pingat Emas Canselor itu daripada Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Sesi 1, Majlis Konvokesyen UPM ke-45, hari ini.

Katanya, beliau berusaha mendisiplinkan diri dengan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan lebih-lebih lagi kerana turut sibuk dan aktif dalam berpersatuan.

“Saya perlu membahagikan masa dengan baik, dan setiap masa yang saya peruntukkan untuk belajar dan mengulangkaji, saya gunakan sepenuhnya, saya sentiasa mahu buat yang terbaik,” katanya yang pernah memegang jawatan Timbalan Naib Yang Dipertua Akademik dan Penyelidikan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2018/2020, dan Presiden Kolej Kediaman.

“Rebutlah peluang yang ada, ia mungkin datang sekali sahaja…dan lakukan yang terbaik,” katanya.

Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur dan anak sulung daripada tiga beradik berkata beliau bersyukur memenangi anugerah itu, tetapi pada masa yang sama berasa germuruh untuk bertemu bagi menerima Hadiah Pingat Emas itu daripada Tuanku Canselor.

Katanya, kejayaannya itu juga hasil doa dan sokongan kedua ibu bapanya yang sentiasa memberi galakan kepadanya. - UPM

SXMWRAh~