???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pereka main peranan dalam inovasi reka bentuk

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar

SERDANG, 25 Ogos – Pereka bentuk memainkan peranan utama untuk inovasi dalam organisasi atau organisasi pembuatan.

Pensyarah Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman CIDe berkata, pengurusan reka bentuk memainkan peranan dalam penghasilan karya reka bentuk yang mempunyai nilai estetik.

“Seorang pereka perlu mempunyai empat sikap penting dalam amalan pengurusan reka bentuk yang menyumbang kepada penukaran pengetahuan iaitu timbal balik, eksteriorisasi, integrasi, dan asimilasi.

“Sikap ini dianggap penting untuk mengubah dan terlibat secara berkesan dalam aktiviti yang berkaitan dengan penukaran pengetahuan reka bentuk. Lebih banyak pereka menghasilkan inovasi lebih tinggi nilai pereka itu,” katanya pada Majlis Inaugural beliau di sini hari ini.

Katanya, sikap ini boleh membantu pengurusan atasan dalam membangunkan strategi komprehensif untuk proses penukaran pengetahuan, terutamanya apabila berurusan dengan pereka bentuk.

Selain itu, jelasnya pereka bentuk menjana pengetahuan baharu dan terlibat dalam penukaran pengetahuan tersirat kepada pengetahuan eksplisit melalui proses reka bentuk.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan para pereka untuk meneroka Asma'ul Husna secara rohani ke arah menjadi pereka yang dihormati, berakhlak mulia dan beradab.

Jelasnya, nilai-nilai yang bermakna iaitu, kepercayaan dan makna kerohanian seperti yang terkandung dalam Asma'ul Husna, membawa impak positif kepada aspek sosial, amalan dan kesejahteraan peribadi pereka.-UPM

SXKSSAy~