???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Dari Bumi Kenyalang ke UPM Demi Ilmu

Oleh Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

SERDANG, 6 Oktober – Dua pelajar dari Bumi Kenyalang nekad menyeberangi lautan seorang diri demi menuntut ilmu di Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam bidang kaunseling.

 

 

Pelajar Bacelor Kaunseling dengan Kepujian, Beatrices Sian Bibang, mengakui perasaan gementar ketika pertama kali tiba di Semenanjung Malaysia dari Bintulu, namun tetap teruja kerana dapat melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminatinya.

 

“Saya sanggup belajar jauh dari keluarga di UPM kerana minat mendalam dalam bidang kaunseling,” katanya.

 

Anak kedua daripada enam beradik ini juga menyatakan rasa gembira kerana abangnya, yang menetap di Sabak Bernam, dapat menemaninya semasa majlis pendaftaran bagi sesi akademik 2024/2025.

 

 

Seorang lagi pelajar, Vellarica Hubert Blakie, yang mengambil program Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian, berkata beliau memilih UPM kerana berhasrat menjadi guru kaunselor yang boleh membimbing generasi muda.

 

“Impian saya adalah untuk menjadi seorang guru kaunseling yang mampu menarik minat pelajar zaman sekarang untuk terus menimba ilmu, kerana pendidikan sangat penting,” katanya.

SXKSSAh~