???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Budayakan amalan kitar semula ke arah UPM sifar sampah plastik

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Saleha Harun


SERDANG, 18 Okt – Sejak 10 tahun yang lalu Universiti Putra Malaysia (UPM) sudah bekerjasama dengan Coca-Cola Malaysia bagi membangunkan kempen Recycle@U untuk mendidik warga kampus membudayakan amalan kitar semula.

Sampah-sarap yang dibuang secara merata dan tidak dikawal terutamanya plastik akan berakhir di lautan dan secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran alam sekitar serta menjejaskan ekosistem maritim.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UPM, Prof. Dr Ismi Arif Ismail berkata UPM ke arah sifar sampah plastik khasnya bagi terus mengamalkan praktik kampus hijau selain amalan mengurangkan jejak karbon di kampus.

“Amalan kitar semula ini seharusnya menjadi satu budaya kekal setiap warga kampus UPM tidak kira staf mahupun pelajar bagi meningkatkan kualiti kesejahteraan di UPM. Kita hendak memastikan bahawa UPM tiada pencemaran plastik.

“Kita perlu meneruskan agenda kelestarian hijau di UPM dengan cemerlang dan semua warga UPM perlu mempunyai ilmu kitar semula untuk mendapatkan ekosistem yang mesra alam,” katanya pada perasmian minggu biologi di Fakulti Sains, hari ini.

Tambahnya, plastik merupakan sebahagian dalam hidup kita kerana kebanyakan barangan yang digunakan oleh manusia berasaskan plastik seperti pembungkus makanan, botol plastik pakai buang dan sebagainya.

“Penggunaan plastik ini nampak enteng namun ia perlu diuruskan dengan betul kerana pengakhiran sampah plastik ini akan menjejaskan hidupan di laut seperti penyu dan ikan.

“Secara tidak langsung akan menjejaskan manusia juga kerana kita mengambil sumber di laut untuk di makan. Pencemaran tidak akan berkurang kalau didikan dan ilmu serta kesedaran tidak sampai ke akar umbi,” katanya.

Sementara itu, pelajar Doktor Falsafah konservasi genetik, Syed Alif Imran Syed Khairil Akbar, 24, berkata pihak universiti boleh memberikan ganjaran merit kepada pelajar yang melakukan amalan kitar semula sebagai didikan awal kepada mahasiswa.

Beliau yang juga merupakan sukarelawan Recycle@U berkata pihaknya juga merancang untuk melakukan aktiviti kitar semula sambil berbasikal untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil menjaga alam sekitar.

SXKSSAf~