???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Buddies Global Symposium 2024 (BuGS24) platform pelajar diskusi ke peringkat global

Oleh : Heerticca A Gunalan

SERDANG, 23 Mei - Persatuan Buddies Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan UPM Buddies Global Symposium 2024 (BuGS24) buat julung kalinya sebagai platform pelajar berdiskusi ke peringkat antarabangsa.

Pengarah BuGS24 dan Presiden Persatuan Buddies UPM, Muhammad Ammar Mohd Salleh berkata persidangan tersebut disertai oleh 100 wakil pelajar tempatan dan antarabangsa merangkumi pelbagai aktiviti yang direka bagi memperluas rangkaian global serta pertukaran budaya antara pelajar.

“Kesemua peserta adalah dari pelbagai latar belakang budaya berinteraksi serta berkongsi pengalaman dan mempelajari ilmu baharu. Para pelajar diberi peluang untuk memperkenalkan dan meraikan kepelbagaian budaya melalui pelbagai aktiviti kebudayaan.

“Melalui persidangan ini harapan saya agar semua pelajar dapat menjalinkan hubungan yang kukuh dan berterusan dengan rakan-rakan dari negara lain, memahami isu-isu global serta mendapat wawasan baharu yang boleh diterapkan,” katanya.

Dalam pada itu, simposium ini menampilkan kohort pelajar dari Malaysia, Indonesia, Republik Burundi, Pakistan, Bangladesh, India, Jepun, Korea Selatan, China dan Iraq turut mendapat sokongan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA) UPM, Pusat Pengurusan Waqaf, Zakat dan Endowmen UPM (WAZAN) UPM. 

SXKSQA2~