???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

ASPutra pupuk minat pelajarnya ceburi bidang pertanian

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra)
 
 
SERDANG, 11 Mei - Dalam dunia yang menghadapi cabaran seperti perubahan iklim dan krisis makanan, pemahaman tentang pertanian adalah kunci untuk mengatasi cabaran ini.
 
Oleh hal yang demikian, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah melaksanakan program ‘Showing Seeds, Cultivating Youth’s Future in Argiculture’ sebagai usaha menarik minat para pelajarnya untuk memahami dan mempelajari bidang pertanian, di sini, semalam.
 
Pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah berkata program bersama Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA), merangsang minat pelajar terhadap potensi serta cabaran yang ada dalam industri pertanian.
 
“Secara tidak langsung program ini memberi perspektif dan pengalaman baharu dalam bidang pertanian dan mewujudkan rangkaian industri antarabangsa kepada para pelajar ASPutra yang akan menyambung pengajian ke peringat ijazah sarjana muda.
 
"Pertanian menjamin keterjaminan makanan. UPM juga komited untuk memacu kecemerlangan dalam bidang pertanian untuk membantu kerajaan menangani bersama isu keterjaminan makanan dan kenaikan harga makanan yang sedang dihadapi,” katanya.
 
 
Timbalan Pengarah program SEARCA, Prof. Madya. Ts. Dr. Nur Azura Adam, berkata program ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai peluang kerjaya yang ada di dalam bidang pertanian.
 
Melalui pengetahuan pelajar ASPutra tentang sistem pertanian, mereka boleh menyumbangkan kepada pembangunan teknologi dan amalan pertanian yang lebih efisien, lestari, dan tahan bencana.
 
Hal ini termasuk penggunaan teknologi maklumat untuk meramalkan cuaca, teknik pertanian yang lebih efisien dari segi penggunaan air dan tenaga, dan pembangunan varieti tanaman yang tahan kejadian cuaca ekstrem.
 
Prof. Madya. Ts. Dr. Nur Azura berkata pelajar yang terlatih dalam bidang pertanian dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan kelestarian sektor pertanian negara.
 
 
“Ini penting untuk membantu pelajar membuat keputusan yang lebih baik dalam memilih kerjaya dan memperluaskan wawasan mereka mengenai industri pertanian. Pelajar juga didedahkan untuk mencari penyelesaian kreatif terhadap cabaran-cabaran dalam industri pertanian.
 
“Banyak cabang pertanian yang boleh disertai oleh pelajar seperti perniagaan tani, teknologi pertanian dalam kecerdasan buatan (AI), saintis pertanian bahkan pembelajaran haiwan seperti serangga juga merupakan salah satu skop bidang pertanian,” katanya.
 
Salah satu keutamaan semasa SEARCA adalah untuk meningkatkan usaha dalam mempromosikan pertanian di kalangan belia Asia Tenggara dan menjadikannya sebagai peluang kerjaya yang berdaya maju. -UPM
 

SXKSSA5~