???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Arwah kakak inspirasi Abdul Rauf sambung belajar ke menara gading

oleh: Noor Eszereen Juferi

SERDANG, 26 Nov – “Arwah akak adalah inspirasi untuk saya sambung pengajian serta beliau turut membantu dari segi kewangan keluarga. Saya tahu dia bangga dengan kejayaan saya hari ini,” kata graduan Bacelor Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Abdul Rauf Mohd Hadzri. 

Abdul Rauf, 24, anak kelima dari enam adik beradik berkata, beliau kehilangan arwah kakaknya Maisarah Mohd Hadzri, 26, pada 19 Julai lalu akibat sindrom myelodysplastic (MDS) atau lebih dikenali sebagai kanser darah.

“Arwah kakak mula alami simptom penyakit ini selama sebulan pada Mei 2022 dan pada awalnya arwah kakak menganggap itu adalah sakit biasa dan kemudiannya bila berlarutan beliau ke klinik dan kemudiannya ke Hospital Ampang dan disahkan kanser darah. 

“Saya telah mendermakan sumsum tulang pada semester akhir pengajian saya kepada arwah kakak dan saya hanya satu-satunya ahli keluarga yang serasi dengan jenis darah kakak,” katanya pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sesi 2 di sini.

Namun, walaupun beliau dan keluarganya telah berikhtiar untuk arwah kakaknya sembuh namun sudah ketentuan takdir kakak Abdul Rauf ‘pergi’ dan tidak sempat melihat beliau bergraduat hari ini.

Beliau turut kongsikan saat manis bersama arwah kakaknya antaranya mereka mempunyai minat yang sama terhadap muzik.

“Saya memang rapat dengan arwah kakak sehingga rakan-rakannya dan saya saling mengenali kami kerana kami sering ke mana-mana bersama,” katanya.

Abdul Rauf yang kini bekerja di AJM Planning & Urban Design Group turut kongsikan pesanan supaya peka terhadap kesihatan diri dan jika mempunyai simptom awal jangan lengahkan waktu untuk membuat pemeriksaan kesihatan lanjut sebagai langkah pencegahan. 

SXKSSAs~