???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Agro-Kit Pertanian daripada Agrobank tambah kemahiran pertanian PERMATANI UPM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari dan Wan Muhammad Muizzuddin Wan Marzuki

SERDANG, 11 Ogos - Agrobank menyerahkan kit pertanian yang berunsurkan pertanian bandar kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (PERMATANI UPM) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Presiden PERMATANI UPM, Syed Muhamad Nazdmi Syed Zahari berkata menerusi simbolik penyerahan Agro-Kit ini akan menambah kemahiran pelajar pertanian UPM dalam bidang pertanian.

“Kit ini sebagai batu loncatan kepada mahasiswa Fakulti Pertanian khususnya untuk menyemai rasa pentingnya pertanian dalam kehidupan. Agro Kit tersebut juga boleh dijadikan sebagai bahan asas dalam menceburi bidang pertanian dan sebagai permulaan kepada pertanian.

“Sebagai anak muda saya menyeru agar lebih ramai golongan muda menceburi bidang ini kerana boleh menjadi sebagai permulaan kepada perniagaan dan melahirkan usahawan yang berilmu, berjaya dan berdaya saing dalam industri ini,” katanya.

Beliau berkata bidang pertanian merupakan satu kerjaya yang penting pada masa kini terutamanya bagi memastikan sekuriti makanan Malaysia sentiasa terjamin. 

Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Pembangunan Agro Bank, Aminuddin Amenon kepada Presiden PERMATANI UPM di Dewan C, Maeps, Serdang.

Berkongsi sedikit perkembangan aktiviti PERMATANI, Nadzmi berkata pihaknya sedang membangunkan projek penanaman 1,000 polibeg cili secara menggunakan kaedah fertigasi yang akan dilakukan pada semester hadapan.

“Projek ini akan dilakukan secara besar-besaran oleh pelajar pertanian dan akan dipantau oleh para pensyarah,” katanya.

Turut hadir, Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Madya Dr. Nur Azura Adam, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Pertanian, Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Penasihat PERMATANI UPM, Dr. Mohd As'wad Abdul Wahab dan Prof. Dr. Anjas Asmara Samsudin. – UPM

SXMWQAV~