???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

662 staf UPM terima Anugerah Gemilang Putra 2023

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mozaid Idris  

SERDANG, 20 Julai - Seramai 662 staf Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Anugerah Gemilang Putra 2023 pada Majlis Gemilang Putra UPM (MGP) di sini, hari ini.

MGP adalah majlis penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai akademik dan bukan akademik UPM yang cemerlang dalam inovasi dan kreativiti bidang pengajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan profesional, penerbitan makalah dan perunding cemerlang untuk universiti dan negara.

Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata sumber manusia yang diperlukan oleh universiti mestilah berilmu, memiliki teras kemahiran yang bersesuaian, dan berfikiran strategik, kreatif, dan kritis agar kekal relevan dengan peredaran masa dan prestasi universiti.

"Di sinilah peranan universiti sebagai Menara Ilmu menterjemahkan nilai teras Malaysia MADANI dalam membantu kerajaan khususnya dan masyarakat amnya melalui inisiatif perkongsian ilmu.

"Pengayaan cetusan idea yang kreatif, dan inovatif dalam aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kepada organisasi, yang merangkumi perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja, mahupun dengan penggunaan teknologi," katanya.

Sementara itu, Pendaftar UPM, Muhazam Mansor berkata pengiktirafan dan penganugerahan kepada penerima MGP perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

"Penyampaian perkhidmatan kita perlu sentiasa berada pada tahap tertinggi. Pelanggan berkehendakkan yang terbaik dan melebihi jangkaan dan kita tidak mempunyai pilihan melainkan memberikan perkhidmatan berkualiti dalam tempoh masa yang dijanjikan," katanya.

MGP 2023 merupakan gabungan dua majlis utama iaitu Majlis Gemilang Putra dan Majlis Gemilang Akademia Putra yang sebelum ini dilaksanakan secara berasingan.

Pada majlis ini, seramai lapan orang penerima Anugerah Jasamu Dikenang, 112 orang penerima Anugerah Jasa Putra, 531 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 11 orang penerima Anugerah Sanjungan Putra.

Dalam pada itu, Anugerah Fellowship Naib Canselor (AFNC) turut diberikan sebagai pengiktirafan kepada akademia UPM yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang-bidang tertentu mengikut kriteria yang ditetapkan.

Anugerah Khas Akademia Putra 2022, diterima oleh Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop dari Fakulti Pertanian/ Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan.

Bagi Kategori Pengajar Cemerlang Kategori Sains Tulen diterima oleh Prof. Madya Dr. Noor Baity Saidi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, dan Kategori Sastera dan Sains Sosial, Dr. Amir Hamzah Sharaai, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.

Selain itu, bagi kategori Pengajar Muda, untuk Kategori Sains Gunaan, Ts. Dr. Nurul Amelina Nasharuddin, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan kategori Kejuruteraan, Dr. Nabilah Abu Bakar, Fakulti Kejuruteraan.

Seterusnya, kategori Penyelidikan dan Inovasi, Penyelidik Cemerlang Sains dan Teknologi diterima oleh Prof. CHM. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, Fakulti Sains. Penyelidik Cemerlang dan kategori Sains Sosial diterima oleh Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, Fakulti Ekologi Manusia.

Penerbitan Makalah Jurnal Sains dan Teknologi diterima oleh Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar/ Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik.

Bagi kategori Penerbitan Buku diterima oleh Prof. Madya Dr. Salmah Jan Noor dan kategori Seni Kreatif oleh Dr. Hani Salwah Yaakup, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Kategori Pembangunan Pelajar diterima oleh Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pusat Pembangunan Keusahawanan.

Bagi kategori Pengurusan dan Profesional (Akademik) diterima oleh Prof. Datin Dr. Rozi Mahmud, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, kategori Pengurusan dan Profesional Fahmi Azar Mistar dari Pusat Perhubungan Alumni, kategori Pelaksana, Mohd Rosman Jamaludin, Pusat Pertanian Putra.

Kategori Perunding Cemerlang diterima oleh Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Fakulti Ekologi Manusia. -UPM

SXMWOAs~