???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

14 pelajar K10 ke Thailand, raih ilmu pertanian dan keterjaminan makanan

THAILAND, 23 Mei – Seramai 14 orang pelajar Kolej Sepuluh (K10), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan K10 Skills and Knowledge Youth Empowerment (K10 SKYE) di Thailand, baru-baru ini.

Pengarah program, Hazimah Amani Kamalul Arifin, berkata fokus program ini adalah pertukaran ilmu pertanian dan makanan antara pelajar UPM dengan institusi-institusi di Thailand seperti Prince Songkla University (PSU), Panyapiwat Institute of Management (PIM), dan beberapa lokasi industri dan komuniti.

“Aktiviti utama termasuk lawatan akademik, perbincangan, kolaborasi, dan kesukarelawanan. Di Hatyai, pelajar melawat mercu tanda PSU dan menjalankan aktiviti plogging di pantai Samila.

“Di Bangkok, lawatan dijalankan di PIM, kilang susu CP Meiji, dan ladang Rai Sukphoang, di mana pelajar mempelajari tentang 'Good Agriculture Practices',” katanya.

Tambahnya, program ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna dari segi budaya, tradisi, dan pembelajaran praktikal di luar negara buat para peserta yang menyertai.

Menariknya, pihak PIM turut menawarkan peluang untuk peserta menjalankan latihan industri di sana bagi mengukuhkan jalinan hubungan dua hala antara UPM dan PIM.

SXKSSA~