???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

1,000 pengunjung teruja kunjungi Hari Terbuka Fakulti Pertanian 2024

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Noor Azreen Awang
 
SERDANG, 27 Julai - Hari Terbuka Ladang Fakulti Pertanian (FP) 2024, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang julung kali diadakan telah mendapat sambutan luar biasa daripada 1,000 masyarakat umum yang hadir di sini, hari ini.
 
Timbalan Dekan (Pembangunan, Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Madya Dr. Muhammad Saiful Ahmad Hamdani berkata program ini bertujuan untuk memperkenalkan hasil penyelidikan dan inovasi terkini bidang pertanian serta memberikan peluang kepada masyarakat untuk memahami dengan lebih dekat peranan FP dalam pembangunan pertanian negara.
 
 
 
Seorang pengunjung, Rohani Tahir, 64, yang berasal dari Melaka meluahkan rasa seronok apabila pertama kali berkunjung ke FP dan dapat mengenali hasil pertanian dengan lebih dekat.
 
"Program seperti ini sangat bagus untuk diteruskan pada masa akan datang untuk menggalakkan kanak-kanak dan remaja diberi pendedahan terhadap pertanian.
 
"Banyak juga yang saya tidak tahu berkenaan bidang ini. Jadi banyak ilmu saya dapat terutamanya berkenaan pokok hari ini," katanya yang dibawa oleh anaknya yang tinggal di Seri Kembangan.
 
Bagi Muhamad Arif Abd Rahman, 30, program ini memberikan peluang yang tidak ternilai untuk kanak-kanak mengenali alam semula jadi dan melihat fungsi rantaian pertanian berjalan.
 
 
 
 
“Saya merasakan ini adalah ruang untuk anak-anak kecil khasnya kenal haiwan, tumbuhan yang ada sebab di bandar selalunya aktiviti di dalam rumah, jadi di sini kita dedahkan aktiviti diluar.
 
"Pelbagai jenis tanaman seperti buah-buahan, sayuran organik, dan tanaman herba serta ternakan haiwan seperti lembu, kambing, arnab, dan ayam dapat dilihat di ladang ini," ujarnya.
 
Beliau percaya bahawa program seperti ini harus diteruskan untuk memberikan pendedahan yang lebih luas kepada generasi muda mengenai pertanian.
 
Penganjuran program ini menyokong inisiatif UPM dalam merancakkan pertanian untuk rakyat (PUTRA) serta Blueprint Keterjaminan Makanan peringkat universiti yang telah dilancarkan dalam usaha membantu kerajaan mendepani isu keterjaminan makanan.
 
 
 
 
Antara pengunjung yang hadir, terdapat juga yang datang dari Pahang untuk menyertai kursus penanaman komuniti fertigasi dan hidroponik.
 
Sementara itu, Aghileshwaran Karunagiaran, 22, dari Bagan Datuk, turut teruja dengan peluang yang dirasainya hari ini.
 
"Saya ambil peluang untuk membina hubungan dengan pakar-pakar pertanian dan mempejari banyak teknik pertanian. Hari terbuka adalah inisiatif yang sangat baik dilakukan oleh UPM.
 
 
"Banyak peluang pembelajaran dan jaringan kepada mereka yang berminat dalam bidang pertanian dapat didedahkan dengan program seperti ini," katanya yang hadir bersama rakannya dari Fakulti Kejuruteraan (FK) UPM.
 
Rakannya, Adila Iwani Ahmad Marzuki, 20, menekankan pentingnya pemahaman yang mendalam tentang proses pertanian dalam kehidupan seharian.
 
Ladang FP UPM terletak dalam kawasan seluas 159 ekar, yang terbahagi kepada empat bahagian: Ladang 10, Ladang 15(A), Ladang 15(B), dan Ladang 15(C) sebagai usaha untuk menyumbang kepada peningkatan sektor pertanian. -UPM

SXKQAAs~