Kafeteria

Pertembungan pelbagai budaya dari pelbagai kaum dan negara di UPM, menjadikan Universiti ini kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. Terdapat lebih 10 kafeteria di seluruh UPM dengan pilihan makanan yang berbagai-bagai jenis dan rasa dengan harga yang berpatutan. Para pelajar dan staf mempunyai pilihan untuk menikmati hidangan-hidangan unik seperti masakan kampung, masakan ala barat dan masakan ala timur tengah sewaktu berada di UPM.