???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Wira-wira belakang tabir Majlis Konvokesyen UPM ke-47

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

Foto Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

 

Pekerja dan kru belakang tabir sempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-47, lazimnya tidak ramai yang menyedari dan menghargai kewujudan mereka membantu kelancaran majlis yang hanya dianjurkan setahun sekali.

Mereka ini bukan hanya bertugas pada majlis konvokesyen sahaja, namun sepanjang tahun di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM dalam apa-apa jua majlis, program demi menyediakan keselesaan kepada semua orang yang menggunakan dewan tersebut.

Bagi mereka yang bakal berkonvokesyen, mereka semua amat gembira kerana berjaya menamatkan pengajian dan tidak sabar untuk masuk ke dalam Dewan Besar dan naik ke pentas untuk menerima skrol.

Bagaimanapun, ada insan yang bersengkang mata bertungkus lumus membuat persiapan di dewan ini demi kelancaran majlis konvokesyen yang akan berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi.

Hero tidak didendang ini memainkan peranan besar memastikan kebersihan dan keselesaan seluruh Dewan Besar, PKKSSAAS, UPM agar dapat meneruskan aktiviti selain memastikan kelancaran sepanjang majlis konvokesyen yang akan berlangsung selama seminggu.

Namun bagi mereka, demi mencari sesuap rezeki yang halal buat seisi keluarga, tugas itu dilakukan dengan penuh untuk UPM.

Pengarah  PKKSSAAS, UPM, Husalshah Rizal Hussian berkata, pengalaman bertugas di dewan ini sangat mencabar. Namun orang selalunya memandang rendah sahaja kerana mereka beranggapan sekadar menyusun kerusi.

“Kami perlu memastikan persiapan dewan telah dibuat sebulan awal agar majlis konvokesyen dapat berjalan dengan lancar. Saya perlu pastikan pemilihan muzik yang sesuai pada majlis konvokesyen, selain memastikan kebersihan dewan, kerja-kerja penyelenggaraan dan penyusunan kerusi serta kendalian teknikal berada dalam keadaan yang baik.

“Saya tetap seronok walaupun tugas ini sangatlah mencabar sebagai perancang utama bagi kelancaran majlis daripada pihak dewan itu sendiri.

“Namun, inilah cabaran yang kami perlu tempuhi demi memastikan segala persembahan, muzik dan teknikal lancar selama seminggu majlis konvoksyen ini berlangsung,” katanya.

Pengalaman sama turut dikongsi oleh salah seorang pekerja wanita di dewan ini, Alaina Shofni Kasim, yang sudah empat tahun bertugas sebagai Pembantu Tadbir.

“Esok majlis konvokesyen berlangsung kami masih lagi bertungkus lumus membuat persiapan terakhir di Dewan Besar ini sehingga jam 6 pagi. Sebagai wanita, tugas saya di dewan ini perlu memastikan kebersihan dewan dan memastikan Kamar Tuanku Canselor, surau, dan Bilik Lembaga Pengarah dibersihkan sebelum majlis konvokesyen berlangsung.

 

“Manakala sepanjang konvokesyen berlangsung saya perlu memastikan keadaan dewan bersih, wangi dan teratur sebelum majlis bermula dan selepas majlis konvokesyen berlangsung untuk persediaan pada hari seterusnya.

Ditanya sama ada malu melakukan pekerjaan ini, Alaina yang mempunyai lima orang anak berkata, dia tidak pernah berasa malu malah berbangga kerana diberi tanggungjawab menjaga kebersihan dewan ini.

“Kerja kami ini memang tiada waktu dengan keluarga, tetapi kerja ini adalah pilihan saya yang ramai wanita tidak mahu lakukan,” ujarnya.

Rakan mereka, Muhammad Risanuddin Fahmy Mohd Nasir berkata, cabaran sepanjang berkhidmat sebagai  penolong jurutera yang tidak diketahui ramai ialah melakukan persiapan konvokesyen dari segi pengurusan teknikal dan pengurusan pentas.

“Persiapan sebelum majlis konvokesyen sangat penting supaya peralatan dan majlis itu berjalan dengan lancar sepanjang minggu konvokesyen.

“Kami yang bertungkus lumus mempersiapkan dewan, manakala orang lain yang bertugas dan berkonvokesyen menggunakan fasiliti dan peralatan dewan dengan satu kepuasan dan kegembiraan.

Tambah beliau, 25 orang staf di dewan akan bersatu padu mempersiapkan dewan bagi majlis konvokesyen bagi graduan yang bakal berkonvokesyen selama seminggu.

“Kami tidak ramai tapi mampu mempersiapkan dewan demi pelajar-pelajar UPM yang bakal bergraduat dalam beberapa hari sahaja lagi,” katanya.

SXKSIAm~