???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Wacana Sasterawan Negara semai cinta terhadap kesusasteraan Melayu

Oleh: Ayunie Inanie Arzmi


SERDANG, 14 Mac – Bagi menyemaikan rasa cinta terhadap ilmu kesusasteraan, pelajar Bacelor Sastera (Kesusateraan Melayu), Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM menganjurkan Wacana Sasterawan Negara Ke-13, Datuk Dr. Zurinah Hassan untuk memberi peluang kepada pelajar mendalami perkembangan bidang kesusasteraan Melayu.

Dekan FBMK, UPM, Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad berkata wacana itu bertujuan untuk menzahirkan apresiasi pada karya sastera serta membincangkan karya-karya bermutu Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan.

“Penglibatan pelajar dalam program ini dapat memberikan pemahaman terhadap perkembangan bidang kesusasteraan Melayu dan melahirkan rasa cinta dan apresiasi pada karya sastera yang bermutu,” katanya.

Turut hadir Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM,  Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM, Prof. Dr. Azali Mohamed.

Wacana Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan itu yang dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga bertujuan menyebarkan ilmu kesusasteraan serta membuka peluang kepada pelajar UPM mengenali tokoh sastera terbilang tanah air dengan lebih dekat.

Datuk Dr. Zurinah Hassan menceritakan karya-karya beliau seperti Memoir Zurinah Hassan, Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan dan A Journey through Prose and Poetry.

“Setiap buku ini menceritakan pengalaman yang saya peroleh sepanjang perjalanan saya sebagai sasterawan tetapi berbeza konteks dan isinya,” katanya.

Anugerah Sasterawan Negara adalah anugerah tertinggi yang diberi oleh kerajaan Malaysia bagi memartabatkan sastera Melayu. Datuk Dr. Zurinah Hassan menerima anugerah itu pada 2016 dan wanita pertama menerimanya.

Wacana tersebut turut disertai tiga penceramah Profesor Madya Dr. Haji Arba’ie Sujud, Dr. Halis Azhan Mohd Hanafiah dan Zainal Palit (Zaen Kasturi) bersama tajuk-tajuk menarik mereka.

Sementara itu, pelancaran antologi puisi bertajuk ‘Sekuntum Bunga Bahasa di Tangkai Bangsa Berakar Budaya Bertunjang Agama’ menghimpunkan sebanyak 80 sajak kreatif yang dihasilkan oleh staf akademik Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.

Usaha menerbitkan antologi itu merupakan julung kali diadakan sebagai salah satu usaha memartabatkan dan mendaulatkan Melayu di kalangan pembaca – UPM.

 

SXMWRAT~