???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM universiti pertama wujudkan SKSPS PERKESO kepada 229 atlet

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Noor Azreen Awang

SERDANG, 9 Jun – Seramai 229 atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Nota Perlindungan Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan universiti pertama yang menerima tajaan caruman SKSPS membabitkan sektor sukan.

Inisiatif itu secara langsung menjaga kebajikan atlet yang sebelum ini banyak mengharumkan nama universiti.

Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman berkata, UPM telah dipilih untuk menerima tajaan daripada pihak YAPEIM melalui pihak PERKESO sebanyak RM 69, 607.20 bagi membiayai SKSPS di bawah inisiatif Kumpulan Sasaran SPS Sukan.

“Tempoh perlindungan untuk 229 atlet UPM ini adalah selama setahun yang bermula pada 14 Februari 2023 sehingga 13 Februari 2024,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 Matlamat 1 Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang dan Matlamat 3 Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat.

“UPM menghargai usaha pihak PERKESO dalam mencari penaja bagi membantu membiayai caruman khususnya pada atlet UPM dan saya berharap kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang,” katanya.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, John Riba Marin berkata, UPM merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terbaik yang menyediakan rujukan utama Program Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi kepada golongan atlet.

“Dedikasi dan semangat yang ditunjukkan oleh pengurusan tertinggi UPM telah membuktikan bahawa kita semua senada dan mengambil berat terhadap perlindungan keselamatan sosial dalam kalangan atlet UPM ini,” katanya.

Melalui caruman itu, atlet UPM akan menerima beberapa faedah yang telah disediakan oleh pihak PERKESO seperti perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, orang tanggungan, layanan sentiasa, pengurusan mayat, pemulihan jasmani atau vokasional dan pinjaman pendidikan.

Pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM, Queenie Ting Kung Ni berkata beliau bersyukur dengan penerimaan caruman SKSPS dan secara langsung ianya satu motivasi untuk beliau meneruskan latihan sukan.

“Sebagai atlet lempar cakera negara saya akui saya berasa risau mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan sukan dan dengan caruman ini ianya memberikan saya jaminan untuk fokus dalam aktiviti sukan saya,” katanya.

Rakannya, Mughni Mohamad Kamal berkata sebagai atlet hoki negara caruman tersebut memberi suntikan motivasi untuk beliau terus maju dalam bidang sukan yang diceburi.

“Saya berharap skim ini berterusan kepada atlet-atlet lain di masa akan datang dan saya berbangga UPM telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan skim seperti ini dan sebagai pelajar universiti ini saya rasa dihargai,” katanya.

Sementara itu, Akademi Sukan, UPM adalah sebagai peneraju dalam usaha sama tersebut telah berjaya mengumpulkan atlet yang melanjutkan pengajian masing-masing di UPM untuk mendapat faedah yang disediakan oleh pihak PERKESO, sekali gus menjadi pelan pelindungan terbaik kepada mereka. - UPM

SXMWRA7~