???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM ungguli Inovasi 'Smart Farming' peringkat kebangsaan

 

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

 

PASIR PUTEH, 10 Okt - Dua kumpulan inovasi Fakulti Pertanian (FP) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengharumkan nama universiti apabila meraih johan dan naib johan Pertandingan Inovasi Smart Farming bagi kategori Institut Pengajian Tinggi di sini, baru-baru ini.

 

Inovasi inovasi Sistem Venturi: Penyuntik Baja Pintar yang mengetengahkan sistem pembancuhan baja secara automatik menggunakan venturi injektor berjaya mendapat johan manakala Sistem Hibrid Dutch Bucket yang menggunakan baldi sebagai pot tanaman bagi sayuran berbuah pula meraih naib johan.

 

Ketua kumpulan inovasi Sistem Venturi, Muhammad Syahrizan Saharudin berkata inovasinya itu membolehkan air baja ditarik dengan hanya mengawal perbezaan tekanan bendalir tanpa bantuan mekanikasi elektrik.

 

“Pembancuhan baja melalui sistem ini mengadaptasi Prinsip Bernouli iaitu semakin tinggi kelajuan bendalir, semakin kurang tekanan yang akan menyebabkan air baja ditarik secara automatik ke dalam salur paip dan terus disalurkan ke plot tanaman.

 

“Sistem ini menjimatkan masa pembancuhan baja sehingga 92% berbanding kaedah pembancuhan manual dan hanya memerlukan seorang pekerja untuk memantau operasi. Jadi secara tidak langsung meningkatkan efisyen kerja,” katanya.

 

Sementara itu, inovasi naib johan yang diketuai oleh Ts. Amir Taufiq Sabuddin berkata kemenangan itu membakar semangatnya bersama tiga lagi ahli kumpulannya untuk terus melakukan inovasi dalam teknologi pertanian yang memberi manfaat buat masyarakat.


 

“Syukur atas kemenangan ini. Kami akan terus mencipta inovasi pertanian baharu supaya dapat diaplikasikan oleh pekebun kecil, pengusaha dan komuniti dalam membantu mereka menambah produktiviti dan meningkatkan hasil pengeluaran tanaman.

 

“Sistem Hibrid Dutch Bucket adalah gabungan sistem akuaponik dan hidroponik. Melalui sistem ini, sisa buangan dari sistem ternakan ikan (akuaponik) digunakan semula sebagai sumber nutrien kepada tanaman melalui kaedah hidroponik,” katanya.

 

Tambahnya, kaedah ini sesuai digunakan dalam kalangan komuniti dengan amalan penghasilan tanaman tanpa berlakuknya pembaziran serta penggunaan baldi dari bahan terpakai untuk dijadikan pot tanaman.

 

Kemenangan itu diboloti menerusi Karnival Agrotek MADANI @ KVKPM 2023 Peringkat Kebangsaan di Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. -UPM

SXKSTA5~