???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM terima geran RM575,000 11 Projek Pemerkasaan Komuniti UniMADANI

 

SERDANG, 9 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima geran sebanyak RM575,000 bagi melaksanakan 11 projek pemerkasaan komuniti di seluruh negara melalui Program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

Projek yang melibatkan penyelidik dari pelbagai fakulti ini memberi tumpuan kepada pembangunan sosioekonomi kumpulan rentan menerusi pendekatan bersepadu keusahawanan, pertanian lestari, keselamatan makanan, inovasi kraf serta pemerkasaan wanita dan pelajar tahfiz.

 

Ketua Penyelaras Komuniti@UniMADANI UPM merangkap Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad berkata, program tersebut selari dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa komuniti melalui penyelidikan berimpak sosial dan ekonomi.

 

 

“Program ini juga memperkukuh peranan universiti dalam memperkasa pelbagai lapisan komuniti seiring aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, inovasi dan keterangkuman sosial,” katanya.

 

Antara projek tumpuan ialah BioPonik 3T yang diketuai Dr. Masnindah Malahubban, Ketua Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, UPM Kampus Bintulu, menetapkan sasaran memperkasa belia luar bandar melalui kemahiran pertanian lestari.

 

 

“Projek ini seiring usaha kerajaan memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta bidang STEM serta membuka peluang agrobisnis kepada komuniti B40 dan pelajar tahfiz khususnya di Sarawak,” katanya.

 

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM, Dr. Ahmad Haniff Jaafar yang juga ketua Projek Pemerkasaan Komuniti Melalui Penanaman dan Pembangunan Produk Ulam Raja berkata, projek itu mampu meningkatkan pendapatan komuniti berpendapatan rendah melalui pertanian kontrak dan pengkomersialan herba tempatan.

 

“Projek ini turut menyokong inisiatif kerajaan dalam pertanian mampan, mengurangkan kebergantungan kepada produk sintetik, serta memperkasa industri herba melalui latihan keusahawanan,” katanya.

 

Projek lain yang turut berjaya memperoleh geran itu ialah Dapur Viral oleh Fakulti Ekologi Manusia, memperkasa wanita dalam keusahawanan kuliner; Penghasilan Produk Kelulut oleh Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan di UPM Bintulu; Inovasi teknologi Solar Agrofusion: Revolusi Hijau Melalui Akuaponik dan Fertigasi di Yong Peng, Johor; serta Labu Manis Merchong di Rompin, Pahang yang melibatkan komuniti tempatan dalam pertanian lestari dan pembangunan produk herba.

WYFKAA6~