???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM, TalentCorp Bantu Padan Bakat Pelajar Baharu dengan Bidang Pilihan

 

SERDANG, 8 Okt – Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama TalentCorp hari ini berkongsi panduan bagi merancang hala tuju kerjaya yang sesuai dengan bidang pilihan kepada pelajar baharu.

Program ‘MyNext: Masa Depan Kerjaya Anda’ ini bertujuan membimbing pelajar dalam membuat pilihan kerjaya yang tepat, selain menawarkan sokongan untuk mereka menerokai peluang serta mengatasi cabaran dalam dunia pekerjaan.

Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Prof. Madya Dr. Hizmawati Madzin, menyatakan bahawa CEM bertanggungjawab dalam usaha meningkatkan kebolehkerjaan dan kebolehpasaran pelajar serta graduan.

 

 

“Diharapkan melalui program ini, ia dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan dan bidang-bidang lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa graduan UPM mempunyai peluang kerja yang sangat luas selepas graduasi, dengan rekod kebolehpasaran sebanyak 99.4% dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

“Menerusi perkongsian ini, diharapkan pelajar dapat membuat pilihan kerjaya yang selari dengan kelulusan mereka, bagi menjamin masa depan yang cerah,” tambah beliau.

Sesi ini, yang dianjurkan khusus untuk pelajar baharu, adalah selaras dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 yang bertujuan melahirkan graduan yang berdaya tahan untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

SXKSSA~