???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM rai warga emas pupuk kesepaduan intergenerasi

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Saleha Harun  

SERDANG, 14 Okt - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Universiti Putra Malaysia (UPM) julung kali menganjurkan Karnival Kesepaduan Intergenerasi ke arah Masyarakat 5.0 bagi meraikan warga emas dan merapatkan hubungan bersama generasi muda di sini, hari ini.

Pengarah MyAgeing UPM, Prof. Madya Dr. Halimatus Sakdiah Minhat berkata karnival ini melibatkan penyertaan hampir 500 orang komuniti setempat tanpa mengira usia meningkatkan kesedaran mengenai isu, cabaran dan peluang penuaan penduduk serta persediaan alam persaraan.

"Melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan secara tidak langsung membantu untuk merapatkan hubungan antara generasi muda dan tua dalam konteks masyarakat MADANI selain mempromosi kesejahteraan warga emas dan isi rumah.

"Selain itu, penglibatan semua pihak dapat mengelakkan warga emas daripada berasa tersisih dalam aktiviti masyarakat serta memerangi diskriminasi umur dan sterotaip negatif terhadap warga emas," katanya.

Tambahnya Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang 2030 dan pihaknya menawarkan pakej latihan warga emas kepada organisasi dan individu berminat dalam melatih sumber manusia pelbagai peringkat.

Dalam pada itu, karnival ini turut menganugerahkan Tang Muk Sing sebagai Ikon warga emas yang membawa pulang wang tunai RM1,000, piala kemenangan dan sijil.

Sementara itu, Pengerusi Program, Prof. Madya Dr. Michael Ling meluahkan rasa gembira melihat pengunjung yang hadir dan penglibatan bersama semua masyarakat bagi meningkatkan ilmu berkenaan warga emas.

"Di sini kita turut menyediakan suit yang memberi peluang kepada pengunjung merasai perubahan fizikal apabila tua seperti mata semakin kabur, sakit tulang belakang dan sebagainya," katanya.

Seorang warga emas dari Seremban, Iftkhar Ahmad Abdul Haq, 64, meluahkan rasa seronok menyertai karnival ini kerana berpeluang bertemu rakan yang lain.

"Program seperti ini sebagai galakan kepada golongan seperti saya berkumpul bersama dan mengisi masa. Di samping itu, program saringan kesihatan di sini juga dapat memantau kesihatan pengunjung seperti tekanan darah dan sebagainya," katanya.

Sambutan Hari Warga Emas di Malaysia disambut pada setiap 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan sejak 1992 untuk mengiktiraf sumbangan, jasa dan khidmat bakti golongan warga emas kepada negara. -UPM

SXMXDAo~