???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM Perkukuh Hubungan Akademik dan Industri Sawit

 

SERDANG, 16 Disember - Institut Kajian Perladangan (IKP) Univeristi Putra Malaysia (UPM) memperkukuh hubungan akademik dengan industri kelapa sawit dalam Majlis Makan Malam Jaringan: Akademik dalam Tindakan untuk Penyelidikan Kelapa Sawit baru baru ini.

 

Penganjuran majlis ini menyediakan peluang membina rangkaian serta mewujudkan medium perkongsian ilmu kepada penyelidik akademik bersama sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) kelapa sawit.

 

 

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM, Prof. Dr. Zamberi Sekawi berkata, majlis ini memperkukuh jalinan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi, agensi, dan pemain industri dalam sektor perladangan kelapa sawit, menuju transformasi R&D masa depan yang menyumbang kepada ekonomi negara sekaligus membuka peluang kepada penyelidik untuk berkongsi ilmu hasil penyelidikan.

 

"Majlis ini mengumpulkan pelbagai bidang penyelidikan seperti bioteknologi lanjutan, perosak dan penyakit, pertanian pintar, agronomi, kajian mikrobiologi serta inovasi saintifik yang membentuk industri kelapa sawit," katanya

 

 

Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj Ghulam Kadir dan Pengarah Penyelidikan AARSB, Dr. Tasren Nazrin Mahamooth bersama 70 penyelidik dari UPM, MPOB, UKM, UM, UTM, UiTM, Universiti Monash, UNIMAS, UMS, AARSB, TenAsia Corporation Sdn Bhd, PT Riset Perkebunan Nusantara, dan Universiti Tokyo.

SXMWVAL~