???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM perkenal kereta ?€?Lekir?€? untuk Student Formula Japan 2018

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG – Putra Motorsport Team (PMT), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan kereta terbaharu iaitu ‘Lekir’ untuk menyertai pertandingan Student Formula Japan 2018 pada September ini.

 

Ketua Pasukan, pelajar Bacelor Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, UPM, Ahmad Iffan Zailani berkata PMT adalah pasukan yang ditubuhkan khas oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (KMP) bagi memastikan aktiviti sukan bermotor dapat dijalankan di UPM.

 

“PMT adalah projek yang diangkat menjadi ‘flagship’ kepada Jabatan KMP dan program ‘Project L Launch Day’ bertujuan untuk mempromosikan pasukan Putra Motorsport Team (PMT) kepada industri luar dan umum,” katanya.

 

Katanya, rekaan ‘Lekir’ adalah improvasi daripada Jebat (kereta tahun 2016). Saiz Lekir adalah lebih kecil dari kereta terdahulu iaitu 20mm lebih rendah, kelebaran kurang 300mm dari Jebat dan panjang kurang 200mm dari Jebat.

 

“Reka bentuk Lekir diinspirasikan dengan motif ‘lightweight;’ iaitu setiap bahagian direkabentuk secara minimal tetapi dalam masa yang sama faktor keselamatan diutamakan.

 

“Daripada segi kuasa enjin, ia tidak lagi menggunakan data kuasa kuda kerana tiada lagi ujian dyno dilakukan, manakala kokpit untuk pemandu lebih ergonomik dan selesa tetapi sangat kompak,” katanya.

 

Beliau berkata, berat Lekir adalah 250kg penurunan sebanyak 143kg daripada kereta terdahulu.

 

Kumpulan PMT turut dianggotai Muhammad Adhar Bagus, Anderson Kent Anak Robert, Siti Khairiyah Sulaiman, Umairatul Afiqah Md Nazri, Nur Fitriana Ma’aruf, Vinod Raj D. Senivasagam, Farhana Nazri, M.Krishnaraja, Nor Farzana Mohd Razali, Chuan Khang Wei, Wong Shy Kit dan Razzan Rosli.

 

Sementara itu, penglibatan PMT dalam pertandingan Student Formula Japan (SFJ) pada 2016 telah mendedahkan pelajar mengenai pertandingan lumba kereta termasuk daripada segi aspek teknikal dan pengurusan.

 

PMT adalah satu-satunya pasukan dari UPM dan Malaysia yang berjaya melepasi fasa pemeriksaan terakhir teknikal. PMT akan menyertai pertandingan SFJ di Jepun pada September 2018 dengan sasaran yang lebih tinggi daripada segi ranking dan berhasrat untuk memenangi “Best Design Presentation” dan “Best Business Presentation” bagi kategori “Static Event”. - UPM

 

SXMWQA~