???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM PERKENAL DEDAK CENDAWAN SEBAGAI MAKANAN ALTERNATIF HAIWAN TERNAKAN

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar

PUCHONG, 4 Julai – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan makanan dedak cendawan sebagai alternatif menggantikan dedak jagung kepada haiwan ternakan menerusi penanaman cendawan tiram di bawah infrastruktur solar Photovoltaic (PV).

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Tuan Chan Foong Hin berkata usaha inovasi berterusan seperti dedak cendawan yang dikenali sebagai MyShroomFeed ini akan membantu menyelesaikan keresahan para penternak di Malaysia serta mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber import.

"Pihak kementerian sangat mengharapkan penglibatan berterusan pihak UPM sebagai sebuah universiti penyelidikan pertanian negara dalam mencakna solusi bagi pelbagai isu terkini pertanian antaranya keperluan alternatif bagi bekalan dedak ternakan, keterjaminan bekalan telur dan daging, serta ketandusan tanah pertanian," katanya selepas merasmikan Integrated Agrivoltaic Trail di Ldang Solar UPM hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berharap penghasilan MyShroomFeed yang sedang diusahakan oleh penyelidik UPM akan membantu mengurangkan kebergantungan import jagung bijirin serta bahan utama protein di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Ketua projek, Ir. Dr. Mohammad Effendy Ya’acob berkata hampas akar cendawan tiram dan bongkahnya adalah sebagai alternatif menggantikan dedak haiwan ternakan iaitu ayam, itik, arnab dan kambing memandangkan nilai nutrisi terutama Crude Protein (CP) yang tinggi dan tempoh tuaian cendawan yang singkat.

"Tempoh tuaian cendawan tiram ialah tujuh hari selepas bongkah matang serta kaedah penanaman lebih mudah berbanding jagung bijirin yang memerlukan sekitar 120 hari tempoh penanaman," katanya.

Selain itu, penyelidik UPM membangunkan ‘Agrivoltaic Mushroom Tunnel’ yang merupakan inovasi pertama di dunia bagi penanaman cendawan tiram berskala besar di bawah infrastruktur solar.

Potensi penanaman cendawan tiram di Ladang Solar Puchong bersaiz 2 hektar adalah sekitar 600,000 unit bongkah dengan hasil tuaian mencecah 60 tan yang diagihkan kepada 10 zon penanaman.

Syarikat Pemula Universiti Putra Malaysia (UPM), Putra Science Park (PSP), UPM, AgroPV Integrated SB dan Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSA) telah menjalankan kerjasama strategik dalam membangunkan teknologi sistem solar Integrated Agrivoltaic Trail sebagai platform dan Proof of Concept (PoC) iaitu integrasi pertanian dalam sistem solar Photovoltaic (PV). -UPM

SXKSXA2~