???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM laksana Projek PIAS bantu pembinaan wakaf selesa untuk komuniti

 

IPOH, 17 Julai – Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Cart Atelier Sdn. Bhd. dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)  telah melaksanakan Projek Pemasangan Prototaip Pondok Ilmu Asli (PIAS) bagi membantu pembinaan wakaf yang selesa untuk komuniti.

 

Ketua penyelidik, Dr. Wan Srihani Wan Mohamed dari Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan  Senibina (FRSB), UPM, berkata produk PIAS yang menggunakan Inovasi Ready-To-Install Structure (ReTIS) adalah mudah dipasang serta dijangka akan dapat mengurangkan kos pemasangan oleh kontraktor dengan merujuk manual panduan pemasangan komponen.

 

“Ini juga dapat mengelakkan daripada bebanan hutang untuk perbelanjaan yang tidak perlu melalui rekaan pelan dan struktur yang mengambil kira keperluan bagi sesebuah keluarga pada ketika itu,” katanya.

 

Tambah beliau, keunikan inovasi ini adalah untuk menggalakkan idea teknologi rendah yang lebih mesra pengguna atau lebih dikenali sebagai “Socially Responsible Architecture” yang dapat memelihara kebajikan dan kesejahteraan masyarakat setempat dan alam sekitar demi kelangsungan generasi yang akan datang.

 

“Penambahan ruang bilik dan penggunaan dinding pelbagai rekaan boleh dilakukan secara fleksibel serta masa pemasangan adalah cepat berbanding dengan pembinaan struktur secara konvensional,” katanya.

 

Selain itu, konsep binaan inovasi ini juga adalah sesuai bagi individu yang mahu membina struktur sendiri, komuniti luar bandar termasuk komuniti orang asli, pengusaha chalet dan sekolah pondok.

 

Inovasi ini juga adalah penerima Anugerah Sukarelawan Malaysia (Anugerah Perdana Menteri) bagi kategori Inisiatif Sukarelawan Terbaik – Dre1M 2016 pada majlis Anugerah Sukarelawan Malaysia.

 

Seni bina berteknologi rendah ini mempelopori cara yang lebih lestari untuk mengurangkan pembaziran bahan binaan tempatan dan juga memanfaatkan kemahiran tukang tempatan serta dapat dilakukan pada tahap pengeluaran besar-besaran kerana diselia dalam persekitaran yang terkawal.

 

Dr. Wan Srihani turut dibantu oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar dari FRSB, UPM serta Ar. Meor Mohammad Fared Meor Razali yang merupakan pengarah urusan syarikat  Cart Atelier Sdn Bhd.

 

Dalam pada itu, Program Aktiviti Pemasangan PIAS telah berlangsung di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak turut mendapat penglibatan pelajar Tahun Tiga Bacelor Seni Bina, FRSB, UPM bagi membantu masyarakat Orang Asli serta komuniti tempatan untuk meningkatkan kemahiran pertukangan serta menyediakan peluang menjana pendapatan.

 

SXKSWAO~