???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM, KPT ANJUR PROGRAM MAGNET 2023 BERSAMA PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA

Oleh: Noor Eszereen Juferi dan Sharifah Hannah Adibah Wan Serail
Jurufoto: Noor Azreen Awang

SERDANG, 19 Okt – Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) menganjurkan program ‘Meet & Greet’ with International Students in Malaysia (MAGNET) 2023 untuk mengadakan pertemuan serta beramah mesra bersama pelajar antarabangsa di Malaysia.

Program ini diadakan bersempena International Exploration Week 2023 (InterXFest) yang bertemakan ‘The Tapestry of Internationalisation’ yang julung kali dianjurkan oleh PUTRA International Centre (i-PUTRA), UPM.

InterXFest telah bermula pada 15 Oktober yang lalu hingga 20 Oktober ini bertujuan untuk meraikan budaya global, dan pada masa yang sama memperkenalkan nilai-nilai Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, Prof. Dr. Azlinda Azman berkata, penganjuran program ini dapat meningkatkan minat pelajar antarabangsa untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa setanding dengan negara- negara maju.

“Ini adalah sejajar dengan hasrat KPT untuk menjadikan universiti di Malaysia sebagai hab antarabangsa khususnya dalam bidang pendidikan, sekali gus memperkasa bakat dan pengetahuan bagi menghasilkan pelajar antarabangsa yang berkualiti,” katanya.

Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, program itu merupakan platform universiti untuk memperhebat keterlihatan sebagai universiti bereputasi antarabangsa sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025, iaitu Matlamat 1 Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

“UPM komited untuk terus menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang utama di peringkat antarabangsa serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi turut memberi manfaat kepada universiti terutamanya dalam jaringan bersama universiti tersohor luar negara,” katanya.

Pelajar PhD, Fakulti Kejuruteraan, UPM dari Iraq, Zaid Ali Abbas berkata, program sebegini menarik kerana dapat mengumpulkan pelajar antarabangsa dari pelbagai universiti untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan budaya yang berbeza.

“Saya memilih untuk melanjutkan pengajian di UPM kerana yakin dengan kualiti pengajaran dan tenaga pengajar di universiti ini serta dapat merasai persekitaran pendidikan yang kondusif di universiti ini,” katanya.

Dalam pada itu, rakannya, Muntasser Al Anbagi berkata, keharmonian masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan budaya di Malaysia menjadikan beliau tertarik melanjutkan pengajian beliau di Malaysia dan memilih UPM sebagai destinasi pembelajaran.

“Di Malaysia, masyarakat yang berbeza hidup secara bersama dengan aman dan damai, dan sebagai pelajar antarabangsa ini memberikan peluang kepada saya dan pelajar antarabangsa lainnya untuk mempelajari, memahami dan menghargai kepelbagaian budaya,” katanya.

SXKSVA5~