???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM JUARA KESELURUHAN SUKIPT 2018

Johan dua daripada empat edisi SUKIPT

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

BANGI, 10 Feb - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 buat kali kedua sejak menjuarai edisi sulung SUKIPT pada tahun 2012.

UPM mengesahkan kejuaraan apabila hanya dibezakan dengan 2 pingat emas dengan juara SUKIPT 2014 dan 2016 dari  Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila mengumpul 42 emas, 41 perak, 33 gangsa iaitu 118 pungutan pingat keseluruhan.

UiTM pula menduduki tempat kedua keseluruhan dengan 42 emas, 37 perak dan 35 gangsa atau 114 pungutan pingat keseluruhan dalam kejohanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari 2 hingga 10 Februari kelmarin.

Majlis Sukan Politeknik (MSP) Malaysia berjaya mencuri tumpuan dengan menewaskan beberapa buah universiti yang dianggap pasukan pilihan apabila merebut kedudukan ketiga keseluruhan dengan pungutan 27 emas, 17 perak dan 27 gangsa.

Terdahulu, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris dalam majlis Penyerahan Bendera Kontijen UPM ke Kejohanan SUKIPT 2018 pada 29 Januari berkata UPM mensasarkan johan keseluruhan SUKIPT kali ke-4 itu.

“Pelbagai program dan latihan awal anjuran Pusat Sukan UPM untuk mengekalkan prestasi atlit termasuk latihan pusat selama dua minggu di UPM amat membantu atlit sebelum bertanding,” katanya yang merakamkan ucapan tahniah kepada semua atlit dan pegawai kontinjen.

Ketua Pusat Sukan, Dr. Hanafiah Ayub berkata pada edisi kali ini, UPM menghantar kontinjen seramai 458 atlit, jurulatih dan pengurus dengan menyertai 26 daripada 27 acara sukan.

“Sebanyak 100 pasukan institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia dan beberapa universiti jemputan dari Asia Tenggara telah menyertai pertandingan ini,” katanya.

SXMWQAp~