???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM jalin kerjasama bersama IIUM pantau sungai Pusu

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Saleha Haron

 

GOMBAK, 3 Januari: Universiti Putra Malaysia (UPM) jalin hubungan kerjasama bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) menerusi Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA).

Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata menerusi MoA ini, Jabatan Alam Sekitar bersama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM berkongsi kepakaran untuk menjalankan pemantauan di sungai Pusu, Gombak bagi mencari solusi kepada masalah pemendapan di sungai tersebut.

"Daripada pemantauan ini, pakar dari UPM akan membuat pelan pelarasan sungai untuk menguruskan sungai dengan menyelesaikan masalah pemendapan. Kerjasama ini bukan hanya sebuah jalinan antara IIUM dan UPM, tetapi sebuah inisiatif untuk memulihara sungai.

"Tanpa air bersih, semua aktiviti akan terjejas kerana ianya sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia," katanya.

Sementara itu, Rector IIUM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak berkata kepakaran UPM dalam bidang ini dapat membantu IIUM untuk  menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Inisiatif kedua-dua universiti ini adalah satu amanah yang besar telah dilaksanakan dengan memulihara sungai agar dapat diselamatkan," katanya.

Projek ini kini sedang dijalankan sejak 1 April 2022 dan sedang dipantau oleh pakar dari UPM sehingga 2025. -UPM

SXMXDAM~