???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM fokus Membangunkan Generasi Muda Peka terhadap Alam Sekitar

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim



 

 

SERDANG, 16 Disember –  Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Jabatan Kimia, Fakulti Sains telah menganjurkan program Kimia Lestari @KUSeS untuk menyemai kesedaran dalam kalangan pelajar tentang isu kelestarian alam.



Seramai 100 orang pelajar menengah rendah yang terlibat dalam program ini di SMK Kajang Utama sempena Scitech4u-STEM Camp MOSTI 2024 dengan tujuan bagi membantu membuka minda pelajar mengenai betapa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar serta memupuk minat terhadap bidang Kimia dan Teknologi.



 

 

 

 

Ketua Program Kimia Lestari@KUSeS, Dr. Mohd Rashidi Abdul Manap berkata, pelajar telah didedahkan proses degradasi plastik menjadi mikroplastik dimana mereka mendapat pengetahuan praktikal tentang bagaimana sisa plastik tidak hilang begitu sahaja apabila dibuang.

 

 

“Pendedahan ini memberi kesedaran tinggi kepada pelajar tentang bahaya pencemaran plastik terhadap alam sekitar dan membahayakan kesihatan manusia serta haiwan kerana plastik terurai menjadi mikroplastik yang tidak dilihat namun tersebar di seluruh persekitaran.

 

 

“Pelajar juga telah menentukan bilangan mikroplastik berdasarkan nilai kepekatan mikroplastik di kawasan pantai bagi memahami bagaimana sains boleh digunakan untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar,” katanya.



 

 

Aliesha Minhalyna Adzryl pelajar tingkatan 3 menyifatkan program ini  memberi peluang yang berharga untuk memahami pentingnya kelestarian alam sekitar melalui pendekatan sains dan teknologi. 

 

 

“Aktiviti-aktiviti yang diadakan juga ini membantu pelajar membangunkan kemahiran penyelidikan dan pemikiran kritikal yang sangat berguna dalam bidang akademik serta kehidupan seharian,” katanya.

 

 

Antara aktiviti sedia ada ialah EcoBrick serta sesi ceramah daripada Generasi Peduli Sampah Malaysia (GPSM) yang bertajuk ‘Motivational Talk on Waste Materials (MToM)’ termasuk Pameran Sains Forensik,  Program Eksplorasi Sains dan Pameran Glass2Pasir.

 

 

Sementara itu, program ini telah dirasmikan oleh  Pengetua SMK Kajang Utama, Tuan Salim Zainudin@Jantan dalam menyokong perkembangan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) di peringkat sekolah.

SXMWWAK~