???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM dan EXIM Bank tanam 100 pokok hutan bagi kesejahteraan generasi hadapan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Noor Azreen Awang  

PUCHONG, 24 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) telah menanam 100 anak pokok hutan sebagai satu usaha untuk meningkatkan pemuliharaan hutan dan kesejahteraan alam sekitar di masa hadapan di Sultan Idris Shah Forest Education Center (SISFEC), hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata kerjasama antara UPM dan industri luar dalam kesedaran penanaman pokok membantu untuk memulihkan ekosistem hutan, meningkatkan biodiversiti dan menyediakan habitat yang selamat untuk haiwan.

"Sebagai institusi pendidikan yang mempunyai Fakulti Perhutanan, UPM perlu memberi pendidikan serta kesedaran penjagaan hutan kepada semua pihak tambahan kini negara dan dunia sedang menghadapi pemanasan global.

"Kita perlu menyelamatkan bumi dan mulakan dengan satu tindakan bagi generasi akan datang iaitu kesejahteraan alam sekitar untuk anak dan cucu kita. Saya amat menghargai inisiatif bersama EXIM Bank dalam pemuliharaan dan pemeliharaan hutan yang merupakan khazanah kita," katanya.

Sementara itu, Pemelihara Hutan SISFEC UPM, Mohd Farhan Shahrin berkata walaupun pokok hutan mempunyai kadar pertumbuhan yang perlahan namun pokok-pokok tersebut banyak memberikan kebaikan kepada kehidupan manusia dan kesejahteraan alam sekitar.

"Kita juga menanam 40 anak pokok kebangsaan iaitu pokok Merbau sebagai usaha untuk terus melindungi spesies ini daripada kepupusan. Selain itu, kita turut menanam lima spesies pokok hutan lain iaitu Merawan Siput Jantan, Kempas,Meranti Sarang Punai,Meranti melantai dan Kelat.

"Pokok hutan memang mengambil masa lama untuk matang dan membesar namun jika kita mula tanam sekarang sebenarnya kita sudah pendekkan masa tumbuhan ini kerana apabila pokok sedia ada telah tua dan ditebang, kita sudah ada pokok-pokok sekarang yang sedang tumbuh menggantikan pokok lama," katanya.

Jelasnya lagi, walaupun waktu terbaik penanaman pokok hutan ialah pada 20 tahun yang lepas namun penanaman dan tindakan hari ini akan membantu menjadikan alam sekitar lebih baik untuk generasi hadapan.

Hadir sama, Pengarah CiRNeT UPM, Prof Dr. Shamsul Bahri Md Tamrin dan Presiden EXIM Bank, Arshad Ismail -UPM

SXKSTAR~