???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM beri pendedahan isu keselamatan tempat tinggal kepada penduduk PPR

Oleh : Raihana Farhana Riduan

 

 

SERDANG, 30 Mei - Kelab Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (ENVOCH), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Minggu Hari Keselamatan Pekerja 2024 bersama penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Ukay Indah bagi memberi pendedahan isu keselamatan tempat tinggal kepada penduduk.

 

Pengarah program ini, Aliya Naseha Mohd Afandi berkata, program dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM itu diharap menjadi wadah peningkatan hidup serta melahirkan komuniti di PPR yang peka terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 

“Melalui program ini akan mewujudkan komuniti yang sihat dan selamat serta membantu pelajar memahami peranan pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)," katanya.

 

Selain itu, seramai 32 orang pelajar Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Dengan Kepujian (BSKPPDK) menyertai program ini bersama komuniti PPR Taman Ukay Indah.

 

 

Pelajar Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Dengan Kepujian, FPSK, UPM,

Sofea Syazwana Sukri, berkata program itu memberi manfaat kepada beliau untuk memperkukuhkan kemahiran insaniah yang boleh diaplikasikan di masa depan.

 

“Saya telah memperoleh pelbagai input daripada program ini serta apabila berinteraksi bersama komuniti ia secara langsung mempertingkatkan keyakinan diri untuk berhadapan di khalayak ramai dan saya berharap program ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

 

Dalam pada itu, program itu turut memperkukuhkan hubungan antara pelajar, pihak berkuasa dan masyarakat mengenai isu-isu keselamatan dan juga memberi manfaat kepada penduduk PPR Taman Ukay Indah.

SXMWQAu~