???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM Anjur Seminar Lestari Alam Sekitar

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

SERDANG, 13 Disember -  Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Institut Kajian Perladangan (IKP) menganjurkan program Simposium One Health One World dengan kerjasama One Health One World Research Initiative, Universiti Tokyo, Jepun dan Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia (IGRSM). 

 

 

Seminar yang bertemakan ‘Empowering Planetary Health through Science and Engineering’ bertujuan memacu penyelesaian inovatif yang dapat memperbaiki kesihatan planet melalui pengaplikasian penemuan dan teknologi baru dalam menyokong kelestarian alam.

 

 

 

 

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Dato’ Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, universiti memainkan peranan penting dalam akademik dan penyelidikan saintifik yang memberi impak kepada masyarakat. 

 

“UPM telah memperjuangkan inisiatif yang mengintegrasikan kesihatan, pertanian dan alam sekitar kerana kami berhasrat untuk menjadi pemimpin dunia dalam pertanian tropika.

 

“Kami juga berhasrat untuk memanfaatkan inovasi dalam sains dan kejuruteraan untuk membangunkan penyelesaian yang mampan, dari meningkatkan keselamatan makanan dan memerangi penyakit zoonosis untuk mengurangkan perubahan iklim dan memupuk ekosistem yang berdaya tahan,” katanya.

 

Menurut beliau, peranan inovasi sains dan kejuruteraan menjadi lebih penting, tidak kira melalui bioteknologi canggih atau infrastruktur mesra alam, kita mesti memanfaatkan kepakaran kolektif kita untuk memastikan dunia yang lebih sihat serta lebih adil.

 

 

 

 

Dalam seminar itu, UPM turut meterai kerjasama  dengan PT Riset Perkebunan Nusantara dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan kepakaran agrobisnes untuk menyokong kejayaan industri perladangan.

 

UPM juga melancarkan buku ‘Plantations Studies e-Proceeding’ yang dihasilkan oleh Institut Kajian Perladangan sebagai rujukan penyebaran ilmu, mempengaruhi dasar dan memberi inspirasi kepada penyelidikan masa depan dalam bidang kajian perladangan termasuk isu kesihatan planet.

 

Dalam pada itu, program ini menekankan pemahaman holistik tentang bagaimana amalan pertanian memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar, biodiversiti dan keselamatan makanan.

 

SXMXDA7~