???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM anjur program #SihatJanin tingkat kesedaran komuniti

 

 

SERDANG, 1 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah mengadakan program seminar Healthy Fetus (Sihat Janin) untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta membuka pandangan mereka tentang penyakit spina bifida.

 

Timbalan Naib Canselor Profesor Dr. Zamberi Sekawi berkata, program ini dapat mengukuhkan usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini kerana UPM bukan sahaja terletak pada kecemerlangan penyelidikan dan akademik tetapi berperanan untuk kesejahteraan komuniti.

 

“Penyakit Spina Bifida bukan sahaja memberi cabaran kepada dunia perubatan tetapi juga memberi kesan terhadap sosial, emosi dan kualiti kehidupan seharian mereka,” katanya.

 

Sementara itu, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Profesor Dr. Normala Ibrahim berkata, seminar ini membincangkan model penjagaan holistik bagi individu dengan spina bifida.

 

“Melalui program ini, ia juga dapat membangunkan cara serta contoh model penjagaan holistik bagi individu dengan spina bifida, yang boleh dijadikan rujukan oleh institusi lain dan masyarakat untuk impak yang positif,” katanya.

 

Penting bagi masyarakat didedahkan dengan maklumat berkaitan spina bifida untuk membentuk budaya kesihatan yang lebih baik dalam komuniti serta mengembangkan jaringan sokongan melibatkan pelbagai pihak.

 

 

Menurut Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz, sesetengah individu mungkin mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan sehari tetapi dengan adanya sokongan mental boleh membantu mereka mengatasi isu emosi dan psikologi.

 

 

 

“Pada pandangan saya, kos rawatan perubatan, terapi fizikal, dan peralatan sokongan boleh membebankan keluarga, jika tidak mendapat sokongan insurans yang mencukupi tetapi program pemulihan yang komprehensif dan akses kepada terapi fizikal dapat membantu individu membangun kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Dalam pada itu, antara ahli panel yang akan hadir antaranya, pakar Developmental Neurobiology, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz dengan topik “Danger in the Womb: Spina Bifida”, Pakar Perunding Neurosurgeri Subang Jaya Medical centre (SJMC), Dr. Azizi Abu Bakar, “Release of the Tethered Cord Syndrome in Spina Bifida” dan Pegawai Pemulihan Perubatan, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), Dr. Katijjahbe Mohd. Ali, “History of Orthoses in Malaysia and its Relevance to Spina Bifida”.

SXMWNA1~