???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Program Advokasi Ilmu tentang Penyakit Zoonotik bersama Komuniti Orang Asli

 

SERDANG, 23 Jan - Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Malaysia One Health University Network (MyoHUN) mengadakan Program Pemindahan Ilmu mengenai penyakit zoonotik bersama Komuniti Orang Asli Desa Temuan dan pelajar Orang Asli Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli) (SKBL(A)), Selangor baru-baru ini.

 

Program yang bertemakan “One Health, One Future” telah dirasmikan oleh Tok Batin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli Desa Temuan.

 

Penyelaras program, Prof. Madya Dr. Nor Yasmin Abd Rahaman berkata objektif utama untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai penyakit zoonotik serta cara pencegahan penyakit demi kepentingan sejagat meliputi kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar.

 

 

“Masyarakat Orang Asli menjadi fokus utama pada program ini atas faktor pendedahan mereka terhadap hidupan liar melalui aktiviti pemburuan di dalam hutan dan tabiat pemakanan,” katanya.

 

Beliau yang juga pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), UPM menyatakan hidupan liar merupakan sumber takungan patogen yang menjadi perumah bagi menyokong penyebaran penyakit zoonotik.

 

“Program ini diharapkan menjadi wadah kepada peningkatan kualiti hidup serta tahap motivasi yang tinggi dalam membangun dan modal insan masyarakat Orang Asli yang cakna akan kesedaran pentingnya pencegahan penyakit zoonotik,” katanya.

 

Guru Besar, SKBL(A), Fazilawati Abu Bakar berkata program anjuran pihak UPM ini memberi manfaat bagi pelajar sekolah serta komuniti tempatan untuk memberikan pengetahuan secara bersemuka berkenaan jangkitan penyakit zoonotik.

 

 

“Saya berharap UPM akan meneruskan pengembangan ilmu seperti ini kerana ianya memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar sekolah malah komuniti Orang Asli turut memperoleh perspektif baharu mengenai pentingnya menjaga kesihatan sejagat,” katanya.

 

Selain itu, program advokasi ilmu ini melibatkan mahasiswa Doktor Perubatan Veterinar (DPV) dan mereka bertindak sebagai jawatankuasa pelaksanaan dan duta penyebaran ilmu berkaitan penyakit zoonotik di dalam aktiviti berkumpulan bersama pelajar Orang Asli.

 

Pelajar sekolah didedahkan dengan ilmu tentang penyakit zoonotik yang disebabkan oleh virus seperti COVID-19, Anjing Gila (Rabies),Kencing Tikus, Selesema Burung dan Cacar Monyet.

 

 

Dalam pada itu, Penyelaras bersama Program, Dr Nur Fazila Saulol Hamid, yang merupakan pemenang Anugerah Projek Jaringan Komuniti Terbaik ICAN 2020 melalui Projek SUAEP (School-UPM Animal Education Program) telah meluaskan lagi perkongsiannya di dalam program ini.

 

Perkongsian ilmu yang informatif berdasarkan kes-kes benar yang telah berlaku melibatkan penyakit zoonotik telah disampaikan oleh Pensyarah FPV, UPM, Dr. Norfitriah Mohamed Sohaimi dan Dr Nur Mahiza Md Isa.

SXKSSA~