???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM anjur pertandingan BioChallenge 7.0 cungkil kreativiti pelajar dalam STEM

Oleh: Dr. Shahrizim Zulkifly, Fatin Nur Insyirah Mohamad Yusniza, Hanie Wasyilah Hanif, Nur Khairunnisa Che Abdul Rahim

 

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah pemenang bagi
program Biochallenge 7.0 yang berlangsung pada 12 Januari 2024.

 

SERDANG, 7 Mac - Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini menganjurkan pertandingan BioChallenge 7.0 bagi mencungkil kreativiti pelajar dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

 

Pertandingan BioChallenge 7.0 2024 anjuran Kelab Mahasiswa Biologi (KMB) yang bertemakan “Empowering Imagination with Biology” mengetengahkan enam kategori berkatan biologi iaitu “BioPHOTO”, “BioINNOVATE”, “BioCOMIC”, “BioVIDEO”, “BioINFOGRAPHIC” serta “BioESSAY” telah berlangsung dan dihakimi secara dalam talian melalui pelbagai platform media sosial iaitu Instagram dan TikTok.

 

Seramai 184 penyertaan telah diterima dari mahasiswa dari pelbagai  Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Kolej Matrikulasi antaranya UPM Kampus Serdang dan Kampus Bintulu, Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Selangor.

 

Para peserta bersama hasil produk mereka iaitu Cyanotype yang dihasilkan
di atas beg, poskad, kulit buku dan pelbagai variasi lain.

 

Selain itu, pertandingan itu turut menerima penyertaan dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datuk, Banting, Selangor.

 

Pengarah program, Fatin Nur Insyirah Mohamad Yusniza berkata, matlamat pertandingan itu secara langsung memberi peserta pendedahan ilmu biologi serta memberi impak positif dalam bidang STEM kepada peserta.

 

“Saya berharap melalui pertandingan ini para peserta dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran insaniah mahasiswa serta memupuk kemahiran keusahawanan menerusi inovasi produk yang dilaksanakan,” katanya.

 

Penasihat program, Dr. Shahrizim Zulkifly berkata, program BioChallenge 7.0 2024 berkata, belliau berharap para pelajar dan masyarakat terus berminat dengan program STEM pada masa yang akan datang kerana memberi manfaat di masa depan.

 

Peserta sedang menerangkan tentang hasil produk mereka kepada
panel juri bagi pameran kategori BioInnovate yang berlangsung pada 3 Januari 2024.

 

“Melalui pertandingan ini mahasiswa secara langsung dapat memupuk minat mahasiswa dan keperluan kerjaya dalam bidang STEM amat diperlukan negara dalam membantu sektor berkaitan mempertingkatkan ekonomi negara,” katanya.

 

Dalam pada itu, pertandingan BioChallenge 7.0 2024 merupakan salah satu usaha Jabatan Biologi untuk membantu meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa UPM serta melahirkan mahasiswa yang mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

 

Dalam pada itu, usaha penganjuran pertandingan ini dapat menanam minat yang mendalam terhadap bidang Biologi ini seterusnya dapat mengaplikasikan ilmu kepada generasi yang akan datang.

SXMWQAQ~