???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM anjur Persidangan Meja Bulat Nexus Keterjaminan Makanan

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim



 

 

SERDANG, 12 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) telah mengadakan Persidangan Meja Bulat Nexus Keterjaminan Makanan Institusi Pengajian Tinggi bersama wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPT) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), baru-baru ini. 

 

 

Program ini diadakan bertujuan untuk menyediakan input yang boleh membantu kerajaan dalam merangka dasar negara yang lebih baik berkaitan dengan keterjaminan makanan, terutamanya dalam konteks pendidikan, penyelidikan dan inovasi dalam sektor makanan dan pertanian.

 

 

Persidangan yang diadakan di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM itu dikendalikan oleh Prof Dr. Anjas Asmara @ Abd Hadi Samsudin membincangkan serta merancang pelan strategik Nexus Keterjaminan Makanan IPT dan pembinaan direktori data kepakaran IPT bagi agenda keterjaminan makanan negara. 

 

 

Sebanyak 21 IPTA dan tujuh buah IPTS antaranya Taylor’s University, Sunway University, Xiamen University Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Kuala Lumpur, UCSI University dan Management & Science University telah sepakat untuk menjadikan Nexus Keterjaminan Makanan IPT sebagai platform memperkukuhkan peranan institusi pengajian tinggi untuk menangani isu keterjaminan makanan di peringkat nasional dan global.

 

 

Turut hadir, Prof Dato Dr. Zulkifli Idrus dari Fakulti Pertanian , Prof. Dr Ts. Nurfadlina Mohd Sharef dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Prof. Dr. Datin Paduka Fatimah Arshad dari ITAFoS.

 

 

Pasukan Nexus Keterjaminan Makanan IPT diketuai oleh ITAFoS sebagai peneraju agenda keterjaminan makanan dalam kalangan IPT di Malaysia untuk memantapkan ekosistem sumber makanan negara melalui inisiatif dalam usaha membantu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

 

SXMWQA~