???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur PECI libatkan komuniti Orang Asli di Perak

 

SUNGAI SIPUT, 20 Mei –Kelab Pembangunan Insaniah (INSAN), Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program PUTRA Earth Care Initiative (PECI) yang disertai 200 komuniti Orang Asli di Kg Beswok, Pos Yum, Sungai Siput, Perak.

 

Program itu juga turut mendapat kerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak, EcoGreen Global Sdn. Bhd. dan Fakulti Pertanian, UPM.

 

 

Pengarah program, Tengku Afiqah Tengku Azman berkata program itu bertujuan untuk memperkasakan kelestarian alam sekitar, keterjaminan makanan dan kelestarian pertanian kepada komuniti Orang Asli melalui dua fasa.

 

“Untuk fasa pertama iaitu program perkongsian berbentuk simposium melibatkan panel pakar daripada industri dan universiti. Bagi fasa kedua program pemindahan maklumat berkaitan kelestarian pertanian kepada komuniti Orang Asli dijalankan dengan kerjasama LKM,” katanya.

 

 

Sebelum ini, aktviti pembuatan sabun tanpa kimia telah dijalankan bersama komuniti Orang Asli oleh syarikat EcoGreen Global Sdn. Bhd. semasa fasa pertama berlangsung pada 4 Mei 2024 di Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM.

 

Tambah beliau, program itu merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong hasrat yang dibawa oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah untuk memperkasakan pertanian melalui komuniti.

 

 

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah Gerak Gempur bersama LKM dimana para pelajar dan petani kecil diberi pendedahan mengenai penjagaan dan pengendalian serta kawalan serangga perosak bagi tanaman koko,” katanya.

 

Selain itu, 15 pek baja kompos telah disumbangkan oleh Pusat Pertanian Putra (PPP), UPM dan 150 biji benih nanas disumbangkan oleh Saudagar Nanas Agrofarm untuk ditanam oleh komuniti Orang Asli di kawasan mereka.

 

Pegawai LKM, Mohd Mustafa Munim Motolani berkata program itu memberi impak yang positif kepada komuniti Orang Asli serta pelajar terutama berkenaan dengan kelestarian pertanian dan alam sekitar.

 

 

“Program ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan praktikal kepada komuniti Orang Asli dan para pelajar mengenai kelestarian pertanian terutama melibatkan tanaman komoditi seperti tanaman koko,” katanya.

 

Dalam pada itu, PECI dirancang selaras dengan konsep Students for Society (S4S) yang telah dibawa oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) yang mengutamakan bidang tujahan Universiti Awam (UA) selari dengan agenda pemerkasaan mahasiswa yang memfokus kepada pembangunan insaniah dan komuniti setempat berjaya dicapai melalui pemantapan sukarelawan mahasiswa.

SXMEQAs~