???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Karnival Komuniti Sedekad UCTC, kongsi ilmu usaha tani dan khidmat pengembangan

Oleh: Mahani Amat@Halimi

SERDANG, 25 Okt – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Karnival Komuniti Sedekad UCTC untuk berkongsi ilmu usaha tani dan khidmat pengembangan, di Perkarangan Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, UPM Kampus Serdang pada 1 November 2023.

Pengarah UCTC, UPM, Dr. Mohd Nizam Osman berkata, universiti bukan sekadar pusat pendidikan semata-mata, tetapi turut memainkan peranan dalam menyediakan perkhidmatan dan perkongsian kepakaran kepada masyarakat, antaranya bidang pertanian, perhutanan, sains, bahasa, kejuruteraan, perubatan dan pelbagai bidang ilmu lainnya.

“Peranan UCTC, UPM adalah untuk memperkasa penglibatan bersama komuniti dan jaringan strategik dengan pihak berkepentingan melalui aktiviti pengembangan, di mana melaluinya lebih 500 aktiviti pengembangan komuniti telah dilaksanakan dan lebih 400 geran komuniti telah ditawarkan kepada pegawai UPM untuk menyumbang bakti kepada masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan khidmat pengembangan universiti bukan sahaja dalam kalangan komuniti tempatan, tetapi turut menjangkau ke peringkat antarabangsa melalui siri kursus dan latihan yang ditawarkan, iaitu sebanyak 84 program antarabangsa dengan penglibatan lebih 2,000 komuniti antarabangsa sepanjang tempoh sedekad.

“Aktiviti pengembangan yang dilaksanakan telah berupaya meningkatkan pengetahuan, sikap yang positif, meningkatkan aspirasi dan keinginan komuniti untuk menguasai kemahiran baharu.

“Menerusi aktiviti pertanian bandar dan kebun komuniti yang telah dijalankan, misalnya, telah berjaya meningkatkan ekonomi komuniti, membantu menjimatkan perbelanjaan harian dan meningkatkan taraf hidup sosial komuniti ke arah yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, UCTC, UPM membuka ruang dan menggalakkan komuniti luar untuk datang ke kampus UPM bagi mendapatkan ilmu dan pengalaman serta khidmat kepakaran sedia ada melalui aktiviti pemindahan ilmu yang akan dikongsikan secara percuma menerusi Karnival Komuniti Sedekad UCTC.

Aktiviti yang akan dijalankan antaranya ialah demonstrasi kokedama, hiasan seni macrame, teknik decoupage, pengumpulan minyak masak terpakai, sukaneka rakyat, pemeriksaan kesihatan, pertandingan pertanian bandaran, pertandingan mewarna batik dan pelbagai aktiviti menarik lainnya.

SXKSTAK~