???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Hari Disertasi Pertanian 2024 tonjol hasil penyelidikan ilmiah pelajar

Oleh: Nik Zaini Peei

SERDANG, 24 Jan – Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya
menganjurkan Hari Disertasi Pertanian 2024 bagi menonjolkan hasil penyelidikan ilmiah
pelajar tahun akhir.

Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Pertanian, UPM, Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin berkata program ini juga untuk memberikan pendedahan
dalam memacu kreativiti dan inovasi pelajar.

“Program ini juga dapat melahirkan graduan yang holistik dan berkemahiran tinggi serta
boleh menyesuaikan diri dengan perubahan serta terbuka kepada inovasi yang memiliki
nilai-nilai pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

Selain itu, program yang berlangsung selama dua hari ini memperlihatkan pameran poster disertasi mengikut bidang kajian dan pertandingan Anugerah Disertasi Terbaik.

Sebanyak tujuh jabatan terlibat mempertaruhkan bidang kajian masing-masing iaitu bidang Sains Tanaman, Sains Tanah, Perlindungan Tumbuhan, Teknologi Pertanian, Sains
Akuakultur, Sains Haiwan dan Sains Perniagaan Tani.

Pelajar Bacelor Sains Pertanian, Muhammad Alfaris Yulfendi yang membentangkan kajian Influence of Different Biochar Variants and Forms on Soil Microbial Community and Plant
Root Density di bawah selian Dr. Muhammad Firdaus Sulaiman menjuarai pertandingan Disertasi Terbaik yang mewakili bidang Sains Tanah.



Dalam pada itu, pelajar tahun akhir Fakulti Pertanian, UPM, Syed Muhamad Nazdmi Syed
Zahari berkata, platform ini dapat memberi peluang kepada pelajar tahun akhir berkongsi
mengenai projek disertasi masing masing.

“Program ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang kerana impaknya memberikan
penghasilan kajian yang berkualiti serta menarik minat pelajar untuk menyambung kajian di
peringkat lebih tinggi,” katanya.



Program tersebut turut membuka kaunter kerjaya dengan kehadiran 13 syarikat terkemuka di Malaysia antaranya FGV Holdings Berhad, Alltech Biotechnology Malaysia Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur Kepong Berhad, Idea Company Sdn. Bhd., U & US Solutions Sdn. Bhd., Aramijaya Agri & Agro Sdn. Bhd., Ken Microbes Biotech Sdn. Bhd., Agroharta Fertilizer Sdn. Bhd., Tanalink Sdn. Bhd., QL Corporate Services Sdn. Bhd., INO Nature Sdn. Bhd., Dindings Poultry Developement Sdn. Bhd. dan DrFish Sdn. Bhd.

SXKSWAp~