???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM anjur Forum MADANI 2023

Oleh: Ahmad Nur Aiman Ishak

 

 

SERDANG, 26 Dis - Pelajar Tahun Tiga Kursus EOH3403 Kawalan dan Pengurusan Penyakit Berjangkit dengan kerjasama Kelab Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (ENVOCH), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Forum MADANI 2023 "Pengurusan Penyakit Berjangkit: Tanggungjawab Kami" bagi meningkatkan pengetahuan untuk memutuskan rantaian penyakit berjangkit.

 

Ketua program, Ahmad Nur Aiman Ishak berkata, forum tersebut bertujuan memberi pendedahan dalam mengawal serta mengurus penyakit berjangkit di tempat kerja dan komuniti dengan lebih terperinci dan peranan pegawai yang terlibat.

 

Forum yang bertajuk ‘Pengurusan Penyakit Berjangkit: Tanggungjawab Kami’ telah menghimpunkan seramai 159 peserta bagi memberi pengetahuan dan pendedahan dalam mengawal dan mengurus penyakit berjangkit di tempat kerja dan komuniti dengan lebih terperinci. 

 

"Penganjuran forum ini juga mempunyai kepentingan khusus memandangkan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan berterusan di Malaysia. Para peserta terlibat secara aktif sepanjang forum dalam perbincangan dan senario praktikal kesihatan awam bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan untuk menangani cabaran akan datang dengan berkesan,” katanya.

 

 

Tiga panel jemputan menjadi individu penting dalam membincangkan perkara ini  iaitu Pensyarah Kanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM, Dr. Vivien How, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rabiatul Jannah Mohamad dan Pengurus Eksekutif, Keselamatan dan Kesihatan Transwater Api Sdn.Bhd., Ts. Farid Azwan Mohd Yusof.

 

Melalui perkongsian para panel yang berpengalaman, para peserta telah memperoleh pencerahan yang lebih mendalam tentang isu keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan penyakit berjangkit.

 

 

 

Sementara itu, penganjuran forum ini secara langsung telah menjadi platform untuk mempromosikan peranan pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan Kesihatan Persekitaran (EH) dalam menjaga kesihatan awam di Malaysia yang mempunyai kepentingan khusus dalam kesihatan awam.

SXKSTAk~