???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Tuanku Canselor UPM rasmi HSAAS UPM

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Sabri Omar & Mohammad Izrul Abdul Jabar 

SERDANG, 28 Februari – Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini. 

Baginda berhasrat HSAAS, UPM akan menjadi sebuah hospital universiti terbaik dunia serta kepakaran yang dimiliki akan dijadikan rujukan kepada pengamal perubatan lain dalam bidang kepakaran masing-masing dari dalam dan luar negara.

Dalam titah perasmiannya, baginda berharap melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencari formula keseimbangan dan bekerjasama sebagai satu pasukan kukuh untuk mengurangkan beban masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Penglibatan sektor swasta, badan bukan kerajaan atau individu secara aktif akan turut membantu memastikan perkhidmatan kesihatan HSAAS, UPM dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah kos rawatan kesihatan yang tinggi kini merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh institusi kesihatan khususnya dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan penggunaan peralatan perubatan berteknologi tinggi serta ubatan terbaik yang melibatkan kos yang tinggi.

Pada majlis tersebut, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan sumbangan Dana Wakaf Ambulans sebanyak RM 100,000.00 oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM kepada Pengurusan HSAAS, UPM.

“Menubuhkan Tabung Waqaf dan Tabung Kebajikan Pesakit di HSAAS, UPM adalah usaha untuk membantu golongan yang memerlukan menerima rawatan serta menampung kos rawatan.

“Beta percaya rakyat Malaysia merupakan warga yang prihatin dan memiliki sifat penyayang dan sikap bantu-membantu yang tinggi,” titah baginda.

Dalam acara yang sama, Tuanku Canselor berkenan melawat ke Unit Regional Emergency Stroke Quick Response (RESQ), Jabatan Radiologi dan Tapak Pameran HPUPM yang mempamerkan empat bidang tujahan kepakaran iaitu Regional RESQ (Rawatan Strok), Zoonotik, Geriatrik dan prostat.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dalam sembah ucapannya berkata, penubuhan HSAAS, UPM adalah satu pencapaian sangat signifikan dalam perkembangan UPM.

“Ini merupakan peluasan kepada fungsi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM serta mewujudkan pelbagai peluang berkaitan latihan klinikal untuk pelajar prasiswazah, pasca siswazah dan perkhidmatan klinikal,” katanya.

Sementara itu, HSAAS, UPM yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Pengajar UPM (HPUPM) telah mula memberikan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan kepada semua masyarakat sejak 2020 dan merupakan hospital pengajar universiti.

Hadir sama, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin Shari; Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; dan Pengarah HSAAS, UPM, Prof. Dr. Hamidon Basri. – UPM

SXMWRAz~